Assalamualaikum .
seperti yang dijanjikan DISINI.
pengalaman di cambodia akan bermula .
kalau nak cerita satu post memang tak kan habislah .
so , kim akan cerita secara bersiri .
silakan bace kepada yang berminat , if tak , its ok , forget it :D
mungkin post2 tak banyak membebel tapi perbanyakkan pada gambar insyaAllah .
tu yang korang lebih suka kan :D hehe ~
sebelum pengalaman diceritakan , serba sedikit mengenai tujuan kami ke kemboja .tempat yang dituju adalah Madrasah Darul Ulum , tempat perkampungan Islam yang melahirkan bakal2 peneraju ummah seperti yang telah diuar2kan dalam post Satu Ringgit Satu Nyawa .tujuan besar kami adalah untuk mendirikan sebuah perpustakaan di tempat tersebut . Alhamdulillah , program ini terlah bermula daripada bulan jun 2011 berlanjutan hinggalah siapnya perpustakaan tersebut pada tahun ini . tujuan kami yang seterusnya ialah meningkatkan lagi ilmu mereka mengenai bahasa melayu , memandangkan pengasas madrasah tersebut ustaz Afi dan ustazah Rokayah mahu mereka mendalami bahasa melayu dengan baik .
habis tujuan , jom tengok ape yang kami buat disana :D
bermula dengan berangkatnya kami ke cambodia dengan AirAsia . muka semua baru bangun tidur , mana tak nya , kami bertolak dari UIA Pj ke LCCT pada pukul 2 pagi . flight kami jam 6.50 pagi .
setelah sampai di Siam Rep . sebenarnya tak boleh amik gambar , tapi kami pulun je buat muka tak malu amik gambar . hikhik . dorang pun caam tak kesah jee .. huhu .
tempat makan kami .
restoran berdekatan rumah haji Musa , mufti di kemboja .
sselesai makan , mneruskan perjalanan ke Madrasah darul Ulum .
kanak2 ni ikut kami dari tempat maakan tadi .
dalam 3 jam perjalanan ke destinasi
perpustakaan yang telaah siap dibina . Alhamdulillah :D
pihak madrasah mnyambut kedatangan kami dengan penuh kasih sayang :)
gembira betul nampaknya mereka .
inilah perpustakaannya . sungguh cantik , subhanallah , rezeki rakan2 disana :)
ini adalah kotak2 yang kami bawa dari malaysia .
alhamdulillah tak kene tangkap dengan kastam . huhu
dalam kotak2 ni semuanya barang2 yang telah disumbangkan oleh masyarakat mlaysia ke kemboja .
kebanyakannya buku2 cerita yang aakan dimuatkan di perpustakaan ini .
di rumah pengasas madrasah , kami disajikan dengan makanan yang sedap2 . lunch time .
bertegur sapa bersama adik2 :)
meronda2 kawasan madrasah . ini adalah kawasan belakang bilik kami .
sempat lagi bergambar di tuk tuk
selalunya kat rumah guna paip je kan . punye laah senang hidup . kat sini kami belajar hidup berdikari . kalau nak guna air , kene pam sendiri ok . best juga pam mengepam nie . pengalaman ...
masak time ! aik , boleh pelak snap kejap . haha !
hasil masakan pertama di kemboja . ni namanya nasi goreng bagi yang tak tahu :P brothers kata ok je . ok je lahh ~
sesi malam , berkenalan dengan adik2 . time ni kene banyak bersabar sikit sebab kebanyakkan mereka blom faham sepenuhnya bahasa melayu . kami memerlukan translater untuk komunikasi .
selesai sesi malam . alhamdulillah , baru pertama kali jumpe , mereka sudah pun serasi dengan kami . insyaAllah proses pembelajaran baahasa melayu untuk esok hari berjalan lancar .
Alhamdulillah , selesai sudah untuk perjalanan satu hari . semuanye berjalan lancar walaupun banyak perkara yang memerlukan kesabaran . semoga hari2 akan datang akan jadi lebih baik . ok , ini sahaja buat masa ni . baru satu hari pngalaman baru .. dah penuh ni . hehe ~ dah nak pukul 3 ni , need to go ! semoga berjumpa lagi :) selamat malam ! Assalamualaikum :)
6 cuit2 manja:
bestnya dpt g kemboja..huhu
nmpk besh..suka wat aktiviti camni..mmbntu org juga kan..
Nice blog kawan.. postingan2nya juga sangat bagus, menarik dan bermanfaat sekali..:)
terus menulis menulis yaa..^_^
oia salam kenal
kalau berkenan silahkan mampir ke EPICENTRUM
folloback juga ya buat nambah temen sesama blogger,,tukeran link juga boleh,,makasih..^_^
bestnye
bestnya dapat tolong menolong :) bagus kim!
kim sayang. waaaa syoknyaaa! hehe, nak rasa gak camane pam air :D ni aktiviti anjuran pihak UIA ye? bagus kan,
Post a Comment