special for you and me ! watch out !

Wednesday, November 7, 2012

Jangan puji saya boleh takk ??!!

Assalamualaikum !
hi readers ! kita bertemu lagi kali ni .

mesti korang tertanya2 dengan tajuk ni kan .
*apesal lah kim ni emo sangat time2 gini*
*wow , wow , rilekss la sis*
*apesal kecoh sangat dia ni*

aha ! macam2 anggapan korang dengan title tu kan kan . hee .
saje je emo lebih . actually nak share satu ilmu disini :D
kenapa tajuk tu kata cmtu ? mesti ade sebab nya kan .
korang nak tahu tak tak??

jom kita baca seterusnya .

mesti korang suka apabila dipuji kan ?
*cantiknyaa awak ni*
*wah ! tingginya CGPA*
*kenapa awak pandai sangat ek?*
*comellah awak*
dan macam2 lagi lah kan . 

ape yang perasaan korang  bile orang cakap mende2 macam ni kat korang ?
confirm punye happy kan kan . jangan nak tipulahhh . 
sebab kim pun pernah rasa perasaan sebegitu . #eh . haha .
tapi tahukan anda *cewah , ayat tak tahan* sebenarnya dengan pujian2 itulah , kita akan sedikit sebanyak jauh dari Allah .
sebab ape ? sebaaaaabbbbb , dari puji-pujian itulah kita akan rasa riak , bongkak , takbur .
kadang2 kita tak perasan semua tu . tapi dalam diam , syaitan akan sedikit sebanyak menghasut kita .
inilah antara sebab2 kita jauh dari Allah .
sebab tu lah , bile orang tahu mende ni , orang akan rasa *JANGAN PUJI SAYA BOLEH TAK?*
sebab ape ? sebab taknak kita jauh dari Allah .
bukankah sifat riak bongkak takbur itu adalah syirik kecik ?
kita kene fikir balik , semua yang orang puji kita tu , semua adalah anugerah Allah untuk kita kan .
kalau Allah tak bagi semua tu kat kita , adakah kita boleh jadi macam tu ??
renung2kan dan selamat beramal :D 
eh , blom habis lagi .
sebenarnya , boleh je kalau kita terima pujian .
jangan la sampai kata macam tajuk kat atas tu . 
kesian orang , kang semua tak nak puji sesama sendiri . tak best pulak hidup ye tak ? hee .
okay jom kita tengok cara untuk mengatasi masalah riak , bongkak , takbur masa dipuji .
jawapannya mudah.my je :D

bile orang puji , 
1) lafazkan ALHAMDULILLAH
sebabnya , bersyukur kepada Allah sebab kita dikurniakan nikmat sebegitu .
2) bisikkan dalam hati A'UZUBILLAHIMINASSYAITONIRRAJIM :  
bisik je tau , jangan g cakap kat orang tu , nanti die ingat kita gile ke hape . haha !
supaya dapat hindarkan kita dari bisikan syaitan supaya tak riak , takbur semua . 
3) katakan ASTAGFIRLLAHALAZIM
supaya bile kita rasa ade sifat2 takbur , riak dan bongkak dalam diri kita , kita memohon maf balik kepada Allah dan semua perasaan itu terkubur .
4) ucapkan TERIMAKASIH @ THANKS kepada sahabat yang memuji : 
sebab tandanya sahabat kita itu menghargai kita .
5) PUJI balik sahabat tersebut : 
menandakan kita menghargai diri sahabat kita juga :)

SO , JOM KITA AMALKAN 5 PERKARA DIATAS APABILA KITA DIPUJI .
semoga kita sentiasa berada dalam rahmat Allah s.w.t :D

rasanya tu je kot untuk renungan kali ni . 
semoga kita bertemu lagi :D
terima kasih kerana sudi membaca .


Thanks for READING . Datang Lagi :)

MRC 2012/2013

Assalamualaikum :D

okay , kali ni nak cerita pasal MRC plak .
dah lama rasanya tak cerita pasal MRC . 
kalau dulu selalu juga kan bercerita pasal MRC .
nak tahu MRC tu ape , KLIKSINI

alhamdulillah , selamat suda pembelajaran kim di CFSIIUM .
lepas ni insyaAllah if kim berjaya dengan jayanya , kim akan g degree pula .
doakan kim ye supaya CGPA nice , english pun nice :D AMIN .

dan selama kim ade kat CFS utk sem ini juga , macam biasa MRC tetap dihati :)
tak mahu cakap banyak . nak say something about our member . macam biasalahkan .
sahabat2 yang sentiasa suka dan duka dalam mengorganize program .
sahabat yang banyak membantu dan dibantu .
sahabat yang kadang2 kita ada rasa suka , geram , marah , happy dll
sahabat yang menjadikan diri ini menjdi orang .
sahabat2 yang sentiasa menasihati dan merasakan hidupan family di CFS .
dan sebagainya .

post ini akan jadi post panjang ! 
memang saja je supaya orang yang berkenaan je baca .
biar orang lain jadi malas nak baca . hahaa !

okay ! jom kita tengok siapakah MRC member kali ini ??
orang kata tak kenal maka tak cintalahkan .
memang betul pun semua ini sebab memang masa mula2 dulu kekok je .
tapi sekarang , alhamdulillah , sentiasa bergantung antara satu sama lain :)



starting with our respected president ,
MR MUHAMMAD ADIB ASYRAF MUHD SYAFIAI
this is our president . err , meanss , ex-president . member MRC dari awal sem . dua sem tau die jadi presiden . hebat tak hebat ? memang banyak kelebihannya . dalam banyak2 ahli MRC , adiblah yang paling lama kim kenal . sebab dari awal kim menjejakkan kaki kat CFS ni dah kenal dia sebab satu kelas masa awal sem dulu . pastu naik next sem , jadi MRC sesama dengan dia juga . sampailah habis sem nie , sama2 dalam MRC juga . seorang yang pelbagai karacternya , kadang2 macam tak kenal je siapa die ni . ade happy , suka berjoke , suka memalukan diri sendiri , perasan kadang2 . haha ! jangan marah adib :P tapi dialah orang yang paling hebat dalam MRC . banyak bagi nasihat , idea . dah nama pun presiden kan :D semua keputusan yang dia buat kadang2 rasa macam tak logik je tapi bile fikir balik , ade sebabnya . memang die seorang pemikir yang baik :) kene buli dengan dia jadi perkara biasa untuk kim tapi nak buat macam mana , dah kata vice die , terpaksalaa ikut arahan . kalau tak ikut je , memang kene belasahla . sabar je la . tapi sebenarnya , semua tu adalah kenangan . thanks adib for everything ! just hope that you will continue your good leadership insyaAllah ! 

SR NURUL SYIFA OTHMAN 
this is our ex-SU untuk sem b4 nie dan sekarang dia juga vice SU . sama juga ngan adib jadi MRC dari awal sem . memang sangat berpengalaman . kalau takde die , tak tahu la macam mana MRC ni kan . aha ! syifa ni pun lagi lama kim kenal die . dari awal je jejak CFS ni dah kenal die sebab awal sem dulu kim satu bilik ngan die kat PJ , sampailah kat nilai . kat gombak tak sama tapi semember dalam MRC sama macam adib juga :D seorang yang sangat penyabar orangnya . selalu kene buli ngan adib . tempahkan transport untuk program , kalau tak pun kene jadi committee preparation and technical . banyak kerja wo ! tapi hati dia baaik sangat . suka kawan dengan dia nie . kalau rasa tak puas hati or ada masalah ke or kalau pape je , mesti cari die ni . mengadu . hehe . lagipun , die ni pandai sangat wo ! CGPA memang hebat ! segan dengan dia . hehe ! dia ni comel tahu ! manis2 je , ayu ayu je tapi sempoi . best best ! syifa ! tetibe teringat kau , kerinduan melanda ! hehe ~ thanks ye syifa ! kau banyak tolong aku dari first jejak CFS ni sampailah sekarang . TQ ! TQ sifu !

MR MUHAMMAD SYAMIL MAZLAN
dia ni bahagian dakwah dan kerohanian . dalam kata lainnya kalau kat sekolah dulu orang panggil badar la . bersama MRC untuk dua sem je la . sem pertama dia belom jdi MRC lagi . hm , seorang pemikir yang baik juga . semua aktiviti yang dia buat semua great ! bagus sangat . ape yang kita tak fikir , semua dia dapat fikir . good sangat otak dia nie . nak tukar otak boleh ? haha ! tapi dia ni kan sempoi juga . aha ! paling menarik die ni suka sangat cari gaduh dengan soleha die tu . tak tahu lah kenapa hai . dia ni suka tolong orang tau . kira tolong orang tu jadi hobby dialah . baik orangnya . walaupun biasa2 je tapi dia ni memang good la . ramai orang suka dengan dia sebab sifat die yang baiktu . terutamanya adik2 dialah . sayang sangat abang dia . hehe . anyway ! thanks a lot syamil , walaupun kenkadang ak rasa geram je ngan kau , tapi takpela :D thanks bagi nasihat segala bagai .

SR SHAHNIZA ZARINAH 
niza ni welfare punye orang . memang sangat sesuai lah dengan dia punye karakter yang penyayang tu . comel je tau dia nie . aha ! dia ni join MRC sejak sem ni . walaupun sesem je , tapi terasa da lama je kenal dia . bagus dia nie . hm , tapi kalau dia tak suka . memang nampak ketaksukaan dia . seorang yang hebat juga . macam2 dia buat untuk MRC nie . program dia pun bagus2 . pengetahuan dia juga best ! kalau bercakap dengan dia , rasanya dia boleh jadi ustazah kot . hee . sangat sesuai dengan dia . penyayang lagi . kalau adik2 ade masalah , die akan bantu . dia pun memang suka tolong orang . banyak juga belaja dengan dia . nasihat2 dia berguna tu . and like always thanks for everything . mengenalimu menjadikan aku dewasa . *cewaah*

okay , now untuk adik2 atau kata lain untuk first year pula yang pernaah bekerjasama dengan kami dan akan meneruskan perjuangan MRC akan datang ...

starting with our new presiden 
BRO NAZMI AHMAD 
first impression bile tengok dia ni memang hebat orangnya . hm , and bile kenal pun memang hebat , and thats why la dia boleh jadi presiden kan :) dulu pun die dia boleh jadi bendahari yang sangat jujur , then naik pangkat jadi presiden la kan . bagus budaknya . tapi pendiam sikit . dia lebih banyak diam dari berkata2 . hanya tersenyum dan ketawa je dengan perangai adib . diam2 dia ubi berisi uh . hope awak boleh teruskan perjuangan MRC ni dengan konco2 awak ye . jaga keluarga MRC bebaik :D be a good president okay :)

SR SOLEHA REZALI
aha ! dia ni lah yang menggantikan tempat kim yang dah dua sem kim pegang iaitu vice presiden . dulu die post sport . first impression dia ni nampak sempoi je . peramah juga orangnya . bile kenal dia , dia ni sangat bertanggungjawab . semua program MRC dia join . tak pernah miss , almaklumlah rumah jauh , MRC ni je lah tempat die bermanja :D rasanya dialah MRC sister yang palling aktif memberikan sumbangan and memang tak salah dia dapat post tu . bersedialah kene buli dengan mr presiden ye . hehe . and jadilah penasihat yang baik untuk dia ye dik . all the best ye soleha . semoga dapat jadi yang lebih baik dari akak :D

SR NADHIRA ABDUL RAHMAN
inilah SU yang kekal . rasanya dia memang sesuai untuk post tu sebab tu tak berubah :) hehe . dia nie umur sama je dengan second year tapi disebabkan dia keluaran DQ (darul quran) so , masuk lambat sikitlah ke CFSIIUM ni . banyak ideanye . bagus orangnya . banyak memberi nasihat apabila kami lupa . for nadhira , jadi SU yang rajin okay . teruskan menasihati and jangan lupa pelajaran juga . CGPA kene bagus tau , nanti sem depan tak leh jadi MRC lagi :P hehee ~

BRO MUZZAMMIL AL-HAJID NIZAR
adik kita yang seterusnya ni post badan dakwah and training (DNT) . kira die menggantikan syamil lah . dulu dia post art and culture . and sekarang naik pangkat dapat pegang DNT . kira dia ni antara orang yang hebat jugalah . dalam banyak2 MRC , dialah MRC yang paling banyak memberi sumbangan macam soleha juga . dia juga orang hebat nie ! bekas KISAS . memang tak salah dapat post yang besar tanggungjawabnya tu . boleh dikatakan semua program dia tak pernah miss . semuanya pernah bagi sumbangan . muzzammil , be a good boy okay . jangan nakal2 , kendalikan post tu dengan baik . we're believe in you bro ! jangan putus asa okay . jangan stress2 . rilekss rilekss ye ye :D

BRO RIZDUANSHAH 
ini orang sabah mari . post disiplin . post dia tak berubah . sebab die sangat berdisiplin , sebab tu tak tukar post . die ni sama juga macam nadhira , keluaran DQ . bersifat keanak-anakan . diala yang selalu bawa ceria dalam MRC . almaklumlah comel . cara die bercakap je dah boleh orang gembira :) walaupun dia macam tu , tapi dia ni bagus orangnya . sangat bertanggungjawab . orang pun suka buli die macam kak syifa kesayangan dia tu :P selalu kene jadi committee preparation and technical dia tu . ridzuanshah ! behave yourself okay . jangan nakal2 sangat , tolong adik2 yang lain tu okay ! jadi abang yang baik :P

SR DINA NUR HANA ZAINUDDIN 
dina ni post publication and promotion dulu , tapi sekarang nie die tukar jadi post art and culture . amik post muzzammil dulu . dia ni pun sama . suka kene buli dengan ahli2 MRC yang lain . kesian dia . almaklumlah paling comel dalam MRC . hehe . aha ! actually kenal dia ni dari before dia join MRC lagi , before die ni masuk CFS lagi dah kenal . semuanya sebab blog nie lah . dia ade kembar , kembarnyalah pernah baca blog ni dan lama2 jadi kenal dan selalu bersembang jugalah . borang MRC pun kim yang suruh sorang amik dulu . haha ! rapat dengan kembar dia je , dini . dengan dina ni kurang sikit sebab die nie pendiam sikit dari kembarnya . tuptup si dina ni dapat jadi MRC . xpelah rezeki masing2 kan . dina ! jangan selalu kene buli tau ! kalau depa buli , meh ngadu kat akak ~ haha ! buat kerja bebaiik okay dina ! :D

and post2 yang dah ditinggalkan akan diambil alih oleh MRC2 yang baru .
Bro Amin
Bro Ibadullah
Bro Azim 
Sr Mahirah
Sr Iera


for the new MRC lines up , 
harapnya dapatlah meneruskan perjuangan dengan jayanya okay .
jadi yang lebih baik daripada kami . 
ape yang baik ikutlah , ape yang buruk jadikan sempadan .
kalau free , dengar2 lah lagu nie ye KLIKSINI

and untuk semua MRC , thanks a lot sebab bagi pengalaman yang indah dalam hidup ini .
maafkan juga diri ini andai pernah menyakiti , andai pernah merepotin .
andai nyawa ini terpisah dari jasad , maafkanlah segala kesalahanku .
terima kasih atas segalanya . maaf atas segalanya .


pengalaman MRC 2011/2012
klik untuk baca 

sekian , wassalam ...
p/s : kalau ayat mcm keling tu sorry ek .
dah lama tak menulis la katakan .
jumpe lagi ! .

Thanks for READING . Datang Lagi :)

Tuesday, November 6, 2012

New renovate

huh , bersawang blog ni .
kesian diaa . tiup sikit , fuhh fuuhh .
ni pun baru je pas muhasabah diri hasil nasihat si PENAIP MISTERI
baru la rasa nak menip semula .
okay sekarang barulah dapat tunaikan janji untuk date dengan blog nie :)
untuk first post ni just nk share pasal blog !
kim dah renovate blog ni .
raya dah habis lama dah tapi haritu tak tukar2 lagi :)
kesian blog ni dibiarkan keseorangan .
and now insyaAllah kita akan bersama2 kay :D
tengok dulu punye masa rasa aidilfitri dulu last renovate . 
sebab tu la blog dia jadi cmnie ~ mood rayala katakan .

and la ni , dah lepas raya aidiladha baru laaa ade masa nak renovate balik .
dannn ~ jadilah begini :D
gabungan oren dan biru .


masa ni buat main2 je . so , simple je lah . 
tapi ni pun dah kire puas hati dah ni :D
bagi kim la . korang dont know la .
hehe ~ ikut mata masing2 la kan :)
hm , rasa nya tu je kot untuk first post masa cuti ni .
nantkan post yang akan datang pulak ! 
thanks si PENAIPMISTERI kerana mendorong kim untuk update blog ni .
JOM PERGI BLOG DIA :D
 KLIK SINI utk KE BLOGNYA

Thanks for READING . Datang Lagi :)