special for you and me ! watch out !

Friday, May 27, 2011

WANITA OH WANITA

dalam rintik2 hujan dipagi hari nie. teringin pula nk luahkan satu renungan untuk para pembaca sekalian. sebenarnya perkara nie khas renungan untuk rakan2 perempuan yg ku sygi.tetapi lelaki pun harus jugelah tahu mengenai perkara2 nie supaya mudah nk mengenali hati wanita kan,tapi jgn salah tafsir pula mengenai post nie,think positif k!hm..oklah,xnk ckp byk,straight to the point..bermulalah ::::::..... ;)

~♥✿.¸¸.•´✿◕ ~♥✿.¸¸.•´✿◕~ ♥✿.¸¸.•´✿◕~ ♥✿.¸¸.•´✿◕ ~♥✿.¸¸.•´✿◕

siapa kata jadi perempuan tu senang?
nak kena tutup sana, tutup sini,pakai sana pakai sini.
tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising.
perempuan, tudung kene pakai,stokin pon kena pakai.haisyh~
cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari..haha
confirm x tahan bertutup semua,xsmpai 5minit kot,dah bukak balik.
tapi, perempuan cool and steady jek kan kan?
tengah panas pon boleh lagi pakai jubah,
hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?
tiap2 bulan, mesti ada penyakit tetap yg Allah bagi,
nak pergi kelas susah, nak pergi jalan2 apatah lagi, huh!
kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung,xpun guling2 sbb sakit 'bulanan',
ada setengah yg sampai pengsan2 sebab sakit,kasihan kami
tp,cuba tengok budak lelaki , selamber jek
kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit,
tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek,
tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit
well, hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?
hati wanita ni, Allah jadikan lembut amat sgt
sekuat n setabah mane pun perempuan pada zahirnya,
tapi cepat jek sensitif , mudah tersentuh, hati lembut, penyayang,
walaupun kadang2 tak nmpk, tp sebenarnya ADA !
sbagai contohnye lahkan, cuba tengok orang putus cinta.
selalu perempuan yg paling susah nak lupa kan kan?
lelaki, kalau dah putus cinta cepat jek pasang baru..haisyh~
cuba pergi wayang tengok cerita hindustan.
xyahkan wayang, tv kat rumah tu pon dah boleh nmpk.
siapa yg paling teruk menangis? haha~
perempuan kan? lelaki siap boleh gelak2 lagi.
lembut tak lembut hati perempuan?
tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengagumkan lelaki.;)
hebat tak perempuan?

disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah,
ramai perempuan yg merajuk dengan Allah
diorang cakap, Allah x adil (nauzubillah)
kenapa Allah lebihkan lelaki?
lelaki boleh buat itu boleh buat ini. xde org pun yg larang.
kenapa perempuan kena dengar cakap suami?
kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?
padahal jadi perempuan tu sangatlah susah
bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan.

dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni,
ramai perempuan2 kat luar sana yg 'menderita'
diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'
diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki. "alah,bukan ade ape2pun"
diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati
kesian kan kat diorang? ish3..(astagfirllahalazim)
smoga kite bukan dalam golongan org sebegitu
hmm..disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah jugelah,
diorang sanggup rosakkan diri diorang (nauzubillah)
diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil...(astagfirllah)

persoalannya sekarang
betul ke Allah x adil dengan perempuan?
memang, syurga isteri terletak di bawah tapak kaki suami
tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?
memang, isteri kena ikut cakap suami
tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya
x adil lagikah Allah pada perempuan?

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan. bertuahnya perempuan.
untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya.
kalau paling banyak pun dia boleh ada 4 orang isteri je
cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu
tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki..wah~
bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu
mashaAllah, hebatnya perempuan ni kan?

kenapa perempuan hebat?
sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat
cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio
banyak lagu pasal perempuan kan?
contohnya macam lagu :
SUMAIYYAH, AINUL MARDIYAH,SITI KHADIJAH, AISYAH HUMAIRA
kalau x pun lagu untuk wanita
contohnya lagu :
INSAN BERNAMA KEKASIH, BISIKAN NURANI,
IMPIAN KASIH, PERMATA YG DCARI, WANITA, KAU HADIR 
dn byk lagilah.kalau list mmg x ckup..ngeE..
jarang kita dengar lagu pasal lelaki kan kan?
sayang x sayang Allah tu dekat perempuan,
sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia..
masyaAllah bertuahnye perempuan...

tengok pula, biasanya, bila seorang lelaki berjaya,kita akaan dengar org ckp
'disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'
wah bangganya kite..
 tp pernah ke kite dengar orang cakap
'disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'
kan? adeke? hmm..hebat x Allah jadikan perempuan tu?
masih x adil lagikah Allah dekat perempuan?
Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan. terlampau kasih dekat prempuan
sampaikan Allah jage kite macam2 shingga org slh faham.
ade sebabnye knp Allah buat mcm tu kat perempuan kan.
supaya perempuan nie sentiasa dhormati dan dsayangi serta terjaga maruahnya
hebatnye perempuan~

hm..sebenarnye perempuan senang je nak masuk syurga
cube tengok hadis ni :
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)
2 je yg perlu kite lakukan. xde seberat mane pun. susahke?
senangkan sebenarnya, cume bergantung kepada kitalah mcm mane kita nk lakukannya.

x adil lagikah Allah dekat perempuan?
oh rakan2 perempuan yg ku sayangi, sedarlah
betapa sayangnya Allah dekat kita
betapa cintanya Allah dekat kita
tapi, kenapa kita mesti nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah?
Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
bayangkan, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan
dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah.
kesiannya dekat kita kalau kita tolak nikmat untuk jadi seindah hiasan kan?

~ALHAMDULILLAHIRABBILALAMIN~
~bersyukurlah kamu wahai wanita~
~♥✿.¸¸.•´✿◕ ~♥✿.¸¸.•´✿◕~ ♥✿.¸¸.•´✿◕~ ♥✿.¸¸.•´✿◕ ♥~

hmm,,begitulah ceritanya. so,mcm ner kawan2 terasa diri ketepikan lagi x? hmm,,skarang nie kite je lah kene renung2kan diri kite.adakah kite dah cukup brsyukur dengan segala nikmat yg Allah beri kpd kite? ada hikmahnya dlm setiap kejadian Allah tu sbenarnya.tp,xpernah Allah tunjuk kat kite. Allah minta kite berfikir atas setiap kejadiannya. kalau asyik dsuap je,bile mase pula kite nk fikirkan tentang nikmat Allah kan.hmm..fikir2kanlah ye! itu shj untuk hari nie! thanks kerana membace! salam.
Thanks for READING . Datang Lagi :)

2 cuit2 manja:

zuLia3412 said...

kak, bg ringkasan kim.nampak menarik.tapi panjang sgt.HAHA.

smilenajah93 said...

alah, x best la ringkas, x feel~~~~~