special for you and me ! watch out !

Sunday, May 29, 2011

the last day

hmm,,hari ni adalah hari terakhir sblm berangkat ke UIA. x sabar pulak rsenye nie.kwan2 yg dah dftar dengar cerita seronok jer kat sana..haha~so, rse excited x suda..tadi dlm pukul 2ptg aishah dah calling2 da bgtau ap yg berlaku..huuu,,sronok jer dengar suare dier.lg lah rase excited nieh~..hee.hm,,barang2 so far,smuanye dah siap,huh! rse mcm byk pulak barang2 nie,huh! baju kurg,kain putih,tudung putih,kasut, smua dah siap lah..insyaAllah..hm..oklah,itu saja untuk hari ini.if ade mase nt sye cerita kehidupan kat tmpat baru pulak k!.xleh on9 lame2 nt terlajak..hahaha~ ok2,,that all for today~ salam
Thanks for READING . Datang Lagi :)

Friday, May 27, 2011

WANITA OH WANITA

dalam rintik2 hujan dipagi hari nie. teringin pula nk luahkan satu renungan untuk para pembaca sekalian. sebenarnya perkara nie khas renungan untuk rakan2 perempuan yg ku sygi.tetapi lelaki pun harus jugelah tahu mengenai perkara2 nie supaya mudah nk mengenali hati wanita kan,tapi jgn salah tafsir pula mengenai post nie,think positif k!hm..oklah,xnk ckp byk,straight to the point..bermulalah ::::::..... ;)

~♥✿.¸¸.•´✿◕ ~♥✿.¸¸.•´✿◕~ ♥✿.¸¸.•´✿◕~ ♥✿.¸¸.•´✿◕ ~♥✿.¸¸.•´✿◕

siapa kata jadi perempuan tu senang?
nak kena tutup sana, tutup sini,pakai sana pakai sini.
tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising.
perempuan, tudung kene pakai,stokin pon kena pakai.haisyh~
cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari..haha
confirm x tahan bertutup semua,xsmpai 5minit kot,dah bukak balik.
tapi, perempuan cool and steady jek kan kan?
tengah panas pon boleh lagi pakai jubah,
hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?
tiap2 bulan, mesti ada penyakit tetap yg Allah bagi,
nak pergi kelas susah, nak pergi jalan2 apatah lagi, huh!
kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung,xpun guling2 sbb sakit 'bulanan',
ada setengah yg sampai pengsan2 sebab sakit,kasihan kami
tp,cuba tengok budak lelaki , selamber jek
kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit,
tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek,
tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit
well, hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?
hati wanita ni, Allah jadikan lembut amat sgt
sekuat n setabah mane pun perempuan pada zahirnya,
tapi cepat jek sensitif , mudah tersentuh, hati lembut, penyayang,
walaupun kadang2 tak nmpk, tp sebenarnya ADA !
sbagai contohnye lahkan, cuba tengok orang putus cinta.
selalu perempuan yg paling susah nak lupa kan kan?
lelaki, kalau dah putus cinta cepat jek pasang baru..haisyh~
cuba pergi wayang tengok cerita hindustan.
xyahkan wayang, tv kat rumah tu pon dah boleh nmpk.
siapa yg paling teruk menangis? haha~
perempuan kan? lelaki siap boleh gelak2 lagi.
lembut tak lembut hati perempuan?
tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengagumkan lelaki.;)
hebat tak perempuan?

disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah,
ramai perempuan yg merajuk dengan Allah
diorang cakap, Allah x adil (nauzubillah)
kenapa Allah lebihkan lelaki?
lelaki boleh buat itu boleh buat ini. xde org pun yg larang.
kenapa perempuan kena dengar cakap suami?
kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?
padahal jadi perempuan tu sangatlah susah
bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan.

dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni,
ramai perempuan2 kat luar sana yg 'menderita'
diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'
diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki. "alah,bukan ade ape2pun"
diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati
kesian kan kat diorang? ish3..(astagfirllahalazim)
smoga kite bukan dalam golongan org sebegitu
hmm..disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah jugelah,
diorang sanggup rosakkan diri diorang (nauzubillah)
diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil...(astagfirllah)

persoalannya sekarang
betul ke Allah x adil dengan perempuan?
memang, syurga isteri terletak di bawah tapak kaki suami
tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?
memang, isteri kena ikut cakap suami
tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya
x adil lagikah Allah pada perempuan?

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan. bertuahnya perempuan.
untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya.
kalau paling banyak pun dia boleh ada 4 orang isteri je
cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu
tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki..wah~
bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu
mashaAllah, hebatnya perempuan ni kan?

kenapa perempuan hebat?
sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat
cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio
banyak lagu pasal perempuan kan?
contohnya macam lagu :
SUMAIYYAH, AINUL MARDIYAH,SITI KHADIJAH, AISYAH HUMAIRA
kalau x pun lagu untuk wanita
contohnya lagu :
INSAN BERNAMA KEKASIH, BISIKAN NURANI,
IMPIAN KASIH, PERMATA YG DCARI, WANITA, KAU HADIR 
dn byk lagilah.kalau list mmg x ckup..ngeE..
jarang kita dengar lagu pasal lelaki kan kan?
sayang x sayang Allah tu dekat perempuan,
sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia..
masyaAllah bertuahnye perempuan...

tengok pula, biasanya, bila seorang lelaki berjaya,kita akaan dengar org ckp
'disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'
wah bangganya kite..
 tp pernah ke kite dengar orang cakap
'disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'
kan? adeke? hmm..hebat x Allah jadikan perempuan tu?
masih x adil lagikah Allah dekat perempuan?
Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan. terlampau kasih dekat prempuan
sampaikan Allah jage kite macam2 shingga org slh faham.
ade sebabnye knp Allah buat mcm tu kat perempuan kan.
supaya perempuan nie sentiasa dhormati dan dsayangi serta terjaga maruahnya
hebatnye perempuan~

hm..sebenarnye perempuan senang je nak masuk syurga
cube tengok hadis ni :
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)
2 je yg perlu kite lakukan. xde seberat mane pun. susahke?
senangkan sebenarnya, cume bergantung kepada kitalah mcm mane kita nk lakukannya.

x adil lagikah Allah dekat perempuan?
oh rakan2 perempuan yg ku sayangi, sedarlah
betapa sayangnya Allah dekat kita
betapa cintanya Allah dekat kita
tapi, kenapa kita mesti nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah?
Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
bayangkan, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan
dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah.
kesiannya dekat kita kalau kita tolak nikmat untuk jadi seindah hiasan kan?

~ALHAMDULILLAHIRABBILALAMIN~
~bersyukurlah kamu wahai wanita~
~♥✿.¸¸.•´✿◕ ~♥✿.¸¸.•´✿◕~ ♥✿.¸¸.•´✿◕~ ♥✿.¸¸.•´✿◕ ♥~

hmm,,begitulah ceritanya. so,mcm ner kawan2 terasa diri ketepikan lagi x? hmm,,skarang nie kite je lah kene renung2kan diri kite.adakah kite dah cukup brsyukur dengan segala nikmat yg Allah beri kpd kite? ada hikmahnya dlm setiap kejadian Allah tu sbenarnya.tp,xpernah Allah tunjuk kat kite. Allah minta kite berfikir atas setiap kejadiannya. kalau asyik dsuap je,bile mase pula kite nk fikirkan tentang nikmat Allah kan.hmm..fikir2kanlah ye! itu shj untuk hari nie! thanks kerana membace! salam.
Thanks for READING . Datang Lagi :)

Thursday, May 26, 2011

bantulah mereka~

"Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka."
Wahai rakan2 yang saya cintai, jika benar anda sayangkan bapa,suami,tunang,adik2 lelaki n abg2 kamu,bantulah mereka. ada beberapa aurat perlu dijaga kalian :

1. Bulu kening
– Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari (Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)

2. Kaki memakai gelang kaki berloceng – Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari (Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3. Wangi-wangian
– Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian yg terlampau kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidung belang – Petikan dari (Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)

4. Dada
– Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari (Surah An-Nur Ayat 31.)

5. Gigi
– Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher
– Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan
– Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari (Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan
– Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari (Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata
– Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari( Surah An Nur Ayat 31.)
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi)

10. Mulut (suara)
– Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari (Surah Al Ahzab Ayat 32.)
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari (Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan
– Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari (Surah An Nur Ayat 31).Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari (Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian
– Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.)
Petikan dari (Surah Al Ahzab Ayat 59. )Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut
– Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

* Bagaimana? nauzubillah~ marilah kita renungkan kembali diri kita. jangan biarkan diri kite menjadi tiket2 membawa keluarga kita ke neraka. Ingatlah, definisi sayang adalah membantu suami atau ayah kamu membawa keluargamu ke syurga, bukan melemparkan mereka ke neraka. Jika benar kamu sayang kepada mereka, maka tolonglah mereka. JAGALAH AURAT KITA…insyaAllah~

kredit to en zhaf.
Thanks for READING . Datang Lagi :)

Tuesday, May 24, 2011

pesanan buatmu teman

Kamu bernasib baik sekiranya memiliki kekasih yang sejati, kawan yang setia, dan orang lain yang sentiasa berada disekeliling untuk menyokong setiap tindakan kamu. Tetapi kamu perlu ingat, dua orang yang paling penting dalam hidup kamu adalah ayah dan ibu.

Kamu mesti kuat supaya orang lain tidak dapat mengganggu ketenangan fikiran kamu, jangan terlalu cepat untuk marah, jangan menjadi seorang yang penakut, dan jangan sesekali kamu leka dengan kebahagiaan yang kamu ada sekarang.

Kamu perlu tahu sekiranya kamu mempunyai masalah yang besar, pasti ada orang lain yang mempunyai masalah lebih besar daripada kamu. Jangan sesekali berasa putus asa terhadap apa yang kamu lakukan. Terus mengejar terhadap apa yang kamu impikan selama ini.

Belajarlah untuk berjimat, jangan terlalu boros. Pulangan untuk jangka masa panjang adalah lebih baik daripada kepuasan jangka pendek.

Kamu jangan jadi seorang yang kaki ampu. Kamu perlu tegas dengan pendirian kamu sendiri. Buktikan juga bahawa kamu mempunyai harga diri.

Kamu tidak perlu terlalu bergantung terhadap pandangan orang lain terhadap kamu. Lupakan dan cuba buktikan kepada diri sendiri bahawa kamu boleh menjadi lebih baik daripada apa yang mereka fikirkan.

Tidak semua perkara yang kamu lalui sepanjang kehidupan ini adalah menggembirakan.

Jangan sesekali berhenti daripada melakukan perkara yang kamu suka dan bangga terhadap hasilnya.
(yg x bercanggah dri perkara2 yg dharamkanlah)

Sekiranya kamu mencari pasangan hidup, carilah pasangan yang mampu untuk menjamin masa depan kamu, yang dapat memberikan kamu kebahagian, ketenangan dan perlindungan. Tetapi ingat, wang bukanlah segala-galanya.

Perkara paling penting sebelum kamu membuat keputusan hidup kamu adalah restu ayah dan ibu.

Sekiranya ayah dan ibu menghalang kamu daripada melakukan sesuatu perkara, ia bukan bermakna mereka seratus peratus tidak setuju. Mereka cuba mengingatkan agar kamu tidak tersalah langkah. Sekiranya kamu yakin dengan keputusan yang dilakukan, buktikan kepada mereka.

sekadar berkongsi. itu sahaja untuk hari~thanks read! salam...
Thanks for READING . Datang Lagi :)

Thursday, May 19, 2011

skin,dayah,mamai,najah

18mei2011

huh! hari nie penat juge ye~
destinasi kali ini di MIDVALLEY mcm biasa.
cume mungkin ini kali terakhir untuk kami hang out sblm masing2 dah smbung bljar nnt. 
cume kali 4org~ yg lain busy dengan hal masing2
 antara yg join:
NOOR HIDAYAH AZHAR AZAM (UITM johor)
HUMAIRA MAHPA (USIM nilai)
NURUL SAKINAH RIZDUAN(UIA nilai)
NAJAH HAKIMAH ABDULLAH (UIA nilai)
insyaAllah kite samekan skin! hihi

pagi2 siap2 jumpe skin n mai kat KTM UKM.
huh! jmpe pula syaz,maimanah,hani n aisyah...
smbg2 jup,then tren smpai.naek tren same2 tp bile smpai mid,kami berpecah.
skin, mai n najah. kami bertiga jerk!
jln2 mid kejap then dayah pun sampai~
ahaks! happy2 jup jmpe2 then c dayah mau makan!
kami singgah KFC lorh.
makan2 jup,smbang2,jalan2,then ajak men bowling, hmm..ikut jerk!
main punye main,aha! kali nie sape menang mcm bese blnje lunch.
haha last2 dayah n skin seri lahh~~~ haha!ape lagi! blnje2..hik hik..
kami smua berangkat lah nk g solat.
then jalan2 kejap! jmpe jam! hihi~ dah lme x de jam nieh~
so,,beli nk beli jam la~ aha! akhirnye ade pun pilihan dihati..
beli jam jup, then jalan pnyer jalan c skin nk makan secret recipi.
huh! biar btul ouh! haha~ last2 mmg makan kat stu gak!
hihih~ order punyer order..makan punye makan..sembang ponye sembang..then bill smpai!
haha~ tu dier!!~ RM70++ haha~ then dayah bayar smua skali! kih kih kih!
then share2 lah money! haha~
 then smbang2 lagi pasal U la,skin punye herbalife lah.
lame kot kat secret recipi uhh~.hihi! 

dlm pkul4++ jln2 kejap..
then btolak balik lah!
dayah nk balik shah alam, skin n mai balik UKM,najah balik KAJANG.
hmm,,salam2,syg2,nangis2,(haha?nangis ke?), then tren smpai~
kami smua bertolak balik! huh~ seronok juge hari ini!
alhamdulillah, even penat tp menggembirakan buat kali terakhir
(terakhir la sgt,insyaAllah jmpe mai n skin lagi kat nilai uhh..haha)
cume dayah je la jauh..johor tuh~

dlm bas pula ibu call,
ckp suruh amik tren kat BATANG BENAR pulak.
haisyh,xpelah~ turun kajang,then beli tiket batang benar pulak...
dlm pkul 6lbih juge baru smpai rumah~
alhamdulillah~ selesai segalanya.

thanks dayah,
thanks skin,
thanks mai!
thanks 4 secret recipi
thanks coz dpt luangkan mase bersama.
thanks atas segalanya
segala kenangan kite bersama xkan ku lupakan~
insyaAllah..

hmm..
Ya Allah,satukanlah hati kami.biarlah ukhuwah ini berpanjangan.
Ya Allah berilah kejayaan buat kami. bantulah kami menghadapi masa depan di haluan masing2, jgn lah pesongkan hati kami.semoga kami sentiasa dalam keredhoan mu.
Ya Allah, bantulah kami menghadapi perpisahan ini. setiap kejadian ade hikmahnye.
sesungguhnye pertemuan dan perpisahan kami hanyalah kerana Allah. Amin Ya Rabb~

kali ni xde gmbar~ hih~mlas nk upload! tgk kat FB je la k! thats all! salam~

Thanks for READING . Datang Lagi :)

Wednesday, May 11, 2011

20 perkara tentang NAJAHAKIMAH di MAHISS

tetibe nk post mende nieh kat sni pula. bace la kalau anda free ye!


1) give 5 simple words about MAHISS
hebat, besar, meriah, tenang, terkenal

2) korang rasa korang meletop kat sekolah
im not a bom,haha~so, x meletop arh!... hmm,, insan biasa je kot kat skola, x tau la nk rase macam mane,,rakan2 lebih mengetahui. =) 

3) apa perasaan masa hari pendaftaran. siapa orang 1st korang tego..korang redha dgn warna file yang diberi?
perasaan...hmm..haiyo~ xbest nye skolah nie, xnk duduk asrama, wuaa~ orientasi lagi....huh,garangnye senior2nye~

humm..org first? aha! aisYAhAfizAh  lah! hehe~ tyme tuh parents sume dah balik,so,,dlm mase yg sama c aisyah nie pun parents dier dah nk balik dah,so kami pon kenal2 la~..hehe~ 
file? hoh! warne ape ek?? rasenye kuning kot! xlangsung uhh. dah la kuning. ish ish ish! x suke kuning uhh.


4) ape yang korang bangga kat sekolah?
Bangga??? Of courselah CIKGU~ mmg hebat uhh ckgu2 dier,bile kite balajar je, rase lbih semangat tgk khebatan cikgu2 MAHISS nie. hehe. lagi satu, PASUKAN KADET POLIS la..haha! bangga amat nie! 3tahun berturut2 saya mengetuai pasukan ini dan 3 tahun 2 juge kami mendapat kejayaan yg cemerlang gemilang terbilang. hehe~ gembira dengan pasukan ini! sampai skarang sye masih lagi menyokong adik2 pasukan ini. hope mereka boleh meneruskan perjuangan itu..insyaAllah! smoge bejaya adik2!

5) tempat paling korang suke kat sekolah @ asrama

katil kat dorm arh! hehe,tempat tidur, tempat study, tempat dengar prob kawan2
bilik pengawas - hehe! bile x de keje slalu masuk bilik nie, tgk2 maklumat terbaru, sembang dengan ustaz, wat perbincangan, sembang dengan rakan2 se'kerja', tgk barang2 rampasan.
bilik kaunseling - tmpat bace paper, rse tenang je duduk sini. hehe, mase sblom spm pun slalu dok sini study..malas uhh nk naik klas yg tinggi tuh! haiyooo~
bilik guru - ha! nie lagi satu tmpat suke pegi! jumpe ckgu! tanye soalan yg x faham. kadang2 sembang ngan ckgu. bincang macam2 lah, pasal netball lah, polis la, pengawas la. huh! busy..ngeE

6) what is your nickname in school..

nickname? hmm..ramai org panggil NAJAH je. adik2 F1 panggil KAK KIM adik2 yg lain panggil KAK NAJAH. kawan2 yg rapat slalu panggil JOT!! kalau xpon MAK! hahah~ bile mase ntah org kawen, ngeE. kadang2 org panggil JAHH je~ xpernah pula org panggil HAKIMAH coz saye x suke..hehe~ ade sejarah. tp skarang ok je~


7) berape kali korang attend gotong- royong? pernah escape prep? berape kali? kat mana and buat apa??
GOTONG ROYONG? mesti lah xpenah miss coz kene kendalikan~ hehe, tp tyme F4 uhh kadang2 miss gak! hehe nakal skit time F4 nie!
PREP? haha~ mase F4 slalu escape lah! haha~ terutamanye prep petang..mase tuh duduk kat dorm la.. tido tyme!! hehe~ tp prep malam x pernah escape! haha~ org baik tau! kih kih kih~


8) bila 1st time korang break the rules? how about the last time?

hmm...pernah ke ek? biasanye org x break rules la! hehe~ budak baik nieh! haha perasan~ tapi mase F5 time SPM uhh im break the rules! haiyooo~ smua org buat! ngeEE~ bawak HP, fly g makan kat luar...ish ish ish! xbaik btul PKU nie! opss~ maaf smua! tpkan,time 2 calling2 ckgu gak.. hehe~ ckgu wat biasa jerk, kami pun biasa la! tanye soalan periksa.. kalau fly uhh, jumpe cikgu kat kedai makan siap smbang ngan ckgu lagi! hehe...


9) brape kali korang singgah kantin sehari??
banyak kali kot. coz kalau dri klas nk balik asrama kene lalu kantin gak.so,kadang2 beli air jup.hehe~ org x byk bazir sgt duit coz kantin tu mahal ohh! haiyoo~~ membazir2..baik makan kat dewan makan jer..walau x berapa nk sedap. tp kalau sabtu ahad 2,jarang arh..jauh la. kadang2 mintak tolong adik2 je belikan..hehe coz kalau dorunk nk g kantin kene lapor diri kat bilik prep f5..hehe~ tp kalau parents datang lawat uhh,,ha! g la kantin,,dok makan2,sembang2..hehe


10) semua orang ade kenangan manis.. so korangnye kenangan pahit?
kenangan pahit? hmmm...xtau lah~ xde kot! biasa2 jer kat stu! tp,, ha! time xleh nk selesaikan prob kawan uhh kire pahit kot! coz im really love all my friends! sye bukan senang nk nangis tau! tapi,,bab2 friends nie,,boleh tersentuh jugelah! ade mase 2 gaduh dengan kwan! haiyoo~ lagi la pahit, nk kene bahagikan juge kawan dengan tugas.huh! masalah uhh! tp at the last kami ok semula. hehe! kami x kan bergaduh lame punye~ insyaAllah~ saya cepat lembut hati~ ye lah~ wanita.biasa lah tuh!


11) andai korang ditaklifkn sebagai KU or TKU… bayangkan… and cerita ape yang bakal terjadi..
hmmm...soalan nie erk? ssh skit nk jawabnye..hehe~ secara umunye mmglah saya nie TKU @ PKU. hehe~ biasa2 je kot! sye x de lah sehebat mane. sekadar membantu sekolah ape2 yg patut jerk. membanteras kesalahan disiplin dan sewaktu dengannye lah~. hehe~ xde yg menarik pun yg sye pernah buat. cume, baik dengan adik2 n kawan2 je lah.. org slalu kate 'PENGAWAS YANG BAIK IALAH PENGAWAS YANG DIBENCI' hmm..mungkin xsemestinye. ade juge pengawas yg pandai menggunakan ilmunye untuk menasihatkan org kan. hehe~ tp sye biasa jer lah! ade la juge yg benci2 kot. mane lah tau kan. tp,,sye positif thinking je dengan smua org. smua ok.. insyaAllah


12) pernah nangis?
nangis? huh! susah untuk diri ini menangis. kalau menangis pun,xkan ku tunjuk kepada rakan2. ego sye sgtlah tinggi. tapi bab2 kawan nie, hehe payah la skit. ade la juge nangis, macam cerita kat no 10. tapi tiada siapa yg tahu kalau sye nangis. tp x tau la kalau ade org prasan.hehe

13) pernah sakit?
haha~ sakit pula? hmm... sye pun ssh la juge nk sakit. hehe. kate org kuat la juge. tp pernah skali time F3 xsilap. pergh demam x ingt! smpai x boleh bangun la.. duduk terperap kat bilik sakit asrama.. hmm.. tyme 2 pon ramai gak demam..huh! berjangkit2lah..ingt lagi tyme 2 kat bilik sakit jer ade la dlm 4,5 org yg demam. huh! ya Allah..sabar je lah! mmg krisis demam tyme 2 kat skolah. ckgu2 pun susah hati. 2 lah! susah nk sakit, tapi skali sakit,,mmg teruk argh! hehe~ so,korg kene doakan sye sntiasa sihat k! ha!lagi satu,sakit kepala slalu la juge.tp dah biasa so,just ignore it n x anggap pula sebagai sakit(boleh ke?)~ hehe 

14) korg paling baik dengan siapa kat MAHISS?

hmm..smua org baik kot! hehe~ tp,kalau nk ikot batch, tyme f5 uhhh,, paling rapat dengan adik2 F3'10..hehe biasa lah adik2 menti kan~im their mentor. so amat baik lah dengan mereka. lagipon mereka nie x berapa nk baik sgt dengan akk2 f5 (kawan2 sye la), so,,kawan2 sye pun bagi lah batch nie kat sye coz kami agak rapat. kami slalu la juge share2 prob batch, prob diri adik2 uh, kadang2 kami sembang2 biasa kat dorm.kadang2 mereka jemput masuk bilik study dorunk, bincang probs or makan2 ke.hehe~ tp,kami mmg agak rapat smpai lah skarang.hehe~ bile sye pergi skola, huh! haru lah jumpe budak2 nie! tp sye bangga kerana mereka sudah menjadi org2 hebat skarg! thanks adik2 mentiku!
hmmm..dengan adik2 f2 pon rapat juge lah. hehe terutamanye 'adik2 dayah' haha~slalu share2 cerita. hah! best la smbang ngan mereka!
adik2 f4 haha~ pon boleh kate rapat jugelah,coz bile dah nk dekat spm uhh,,kene bg tugas2 kami kat mereka,so,mcm2 la mereka minx khidmat nasihat.hehe~walaupon sye x sehebat mane,tp,,bglah juge ape2 yg patut..hehe~ supaya senang mereka nk gelola MAHISS akan datang.
adik f1? hoh! mmg x rapat langsung! haha~ adik2 f1 mmg takut dengan KAK KIM dorunk nie! haha~ garang la sgt! hak2, tp mmg lawak la juge adik2 f1 nie,kalau nmpk KAK KIM jer! pergh! sume pakat nk lari. haha~ lawak la korg! kadang2,jalan tunduk jerk! hahah~ mcm nmpk harimau. bile smpai perjumpaan f1, huh! harulah kalau KAK KIM masuk campur~ smua org kene tibai! hahah~ ksian korg! sorry ye! bukan nk buat korg takut, tp supaya korg blajar erti kehidupan kat MAHISS nie. hehe~ tp,ok je skarg nie, bile jmpe KAK KIM nie,, tego2 je..haha~ bile dah kluar skola nie xde la nk marah2 korg lagi~ mst korg happy kan..hahaha~
batch sendiri? haha~ of course la rapat! especially geng KUFAH..hehe~ 
SAKINAH RIDZUAN 
(paling perasan dlm dorm..haha,smua org tahu sifatnye itu. tp itulah yg membuatkan kami happy.)
HIDAYAH AZAM 
(sifat pemalunye yg meriangkan kami! hehe~ comel2 gitu!)
HUMAIRA MAHPA 
(aha! akk paling hebat dlm geng kufah nie. haha~ staright A gitu!)
ANISA FIRDAUS 
(aha! kami sama PLKN. seronok kan PLKN same2,best best! tp kat PLKN panggil PEDOTT!!! haha)
AISYAH HAFIZAH 
(hoh! org pertama jmpe  tyme mule2 masuk MAHISS nie,,kire rapat la juge smpai skarang!
SABIHAH SHUKRI 
(yg paling kecik tp byk btul makan dier nieh! hahah)
AFIQAH RASLAN 
(paling pendiam dlm dorm. huh! tp skali ckp! pergh! x cukup mulut.heheh)

hmm...yg lain2 pon rapat jugelah! dah satu batch kan.. biasa lah! xckp pon dah tau~

15) brape kli korg outing dlm sebulan…dgn spe.. or solo? Tmpat pling jauh korg prnh g?

hmm..MAHISS x boleh kluar outing lah. coz kami balik 2minggu skali. tp, pernah la juge outing pergi metro kajang uhh, 2 pon warden bagi coz nk kene siapkan keceriaan lah, ape lah~


16) soalan plg simple…. Pernah fly?
Pernah...time SPM. hehe~ 2 lah mcm cerita kat no 8 uh~

17) pebenda yg korg harap akn jadi.. tp ianya tak tercapai akal.. n confirm xkn jdnye!
hmm..ape yerk? aha! jambatan dari blok asrama K ke L..haha~ slalunye kami kalau nk berinteraksi dengan dak2 blok blakang kami main jerit2 jerk! hehe~ ade ke patut... so, harap ade la jmbatan uhh coz malas argh nk turun bawah then naik tangga balik!...hehe same gak untuk blok asrama M ke N. nk jambatan satu!!~ hahaha... 

18)kalau diberi peluang balik mse form4/form5 apa yg korang nak buat..??

hmm..myb nk bljar lebih rajin kot! hahah~ supaya dapat straight A.. hehe~ yeke? haha~ ntah la


19)kalau korang tak masuk MAHISS agak2 kat sekolah lama apa cerita korang ek..??
maybe makin jd lebih teruk kot. xsehebat macam skarang(ceh mcm hebat sgt jee.hehe) xbyk pengetahuan agama. walaupun bukannye banyak pun skarang,tp basic2 dier adelah juge.

20)soalan last:decribe in 2 word tentang diri korang {sebelom:semasa:selepas} jadi warga MAHISS..

sebelom: masih lagi jahil, tercari2 makna kehidupan
semasa: lebih matang, belajar menjadi hebat dan mencari kehidupan yg dredhai Allah
selepas: mudah menyesuaikan diri dimana pun sye berada dan masih seperti dulu cume,pengetahuan lebih matang n berusaha yg lbih baik!




that'a all, thanks read! ;) comment2!! ngeE

Thanks for READING . Datang Lagi :)

Tuesday, May 10, 2011

JPJ test (motor)

oualhamdulillah..setelah 2 hari tidur x nyenyak, akhirnye lulus juge JPJ motor. hehe~
huih~ btul uhh,,2 hari nie asyik x nyenyak jer tidur. setiap jam terbangun. hehe. asyik termimpi2 jer bawak motor uhh~ haha~ akhirnye berjaya juge test hari nie!

nk cerita skit lah pasal hari yg penuh debaran ini! ngeE~

pagi2 dh siap2. pkul 7.15pg tepat, cikgu akademi dah datang amik~ selama ni biasa2 je,,tp hari nie~ haiyoo. huh! debaran kian terasa. dup dap dup dap. ahaks! ngeE~ bile sampai je kat akademi, huh, xde org lagi? pekerje2 pon xde. pergh! awal amat nieh! then tunggu punye tunggu. ade la sorg2 pekerja sampai. hmm, then, makin ramai org..huh!

then tergerak pulak hati nie nk minx try2 kejap. huh! boleh pula. whoa! ape lagi bawak la motor uhh kejap. lalu titi yg sgt cemas nie. hehe. buat byk kali kat titi jerk. hehe. tp kene bayar la RM2. huh, xpe lah! ok la 2! aslkan boleh hilangkan skit debaran nieh! hehe.

dlm pkul 8.30pg baru g daftar. hmm, dpt sesi 1 giliran ke 39, hehe~ no favourite nieh, bertambah semangat!ngeEE..pukul 9lbih baru pegawai JPJ smpai.huh! lamenye tunggu!,nk dekat jam 10 juge baru start! huh! bayangkanlah lamenye tunggu~ sabar jer la!! satu per satu no dsebut...smpai no 30,debaran bertambah hebat! huh!,,then.........."39" huh! tenang najah tenang! amik motor..mule2 dpt motor honda. alamak mcm mane nie,dah la x pernah bawak honda nie,slalunye bawak motor KRISS..tetibe cikgu 2 perasan pula yg muke sye dah berkerut2,,then cikgu tanye,"nk tukar motor ke?" huh? "boleh ke ckgu?" soalan djawab dengan persoalan. hehe. skali ckgu bagi lah!!~ alhmdulillah. baru la semangat skit!.

ok, sedia dtmpat permulaan.. pegawai JPJ tiup wisel, mule dengan TITI,then KON, BREAK MENGEJUT, PUSINGAN LAPAN, SELEKOH TAJAM....alhamdulillah selesai,,debaran dah kurang la skit coz bgian 2 dah habis. terutamanya titi. skunk nie test bhgian 3 pula,,jalan raya. bile no dpanggil, besedia lah, check segala bagai pasal motor. bile pegawai JPJ suruh jalan, hmm,,jalanlah seperti mana yg telah dajar. selesai smua, alhamdulillah, skunk nie nk tgk keputusan la pula. jmpe pegawai JPJ, alhamdulillah, bhgian 3 dpat 12/14, lulus! bhgian 2 pula 20/20, lagi la lulus!

Ya Allah,betapa bhgianye hati ini hanye Tuhan je lah yg tahu! rse nk sujud syukur kat stu juge.huh! then,dah selesai smua,, telefon n sms smua org tersyg! hehe~ nk bgtau berite gembira nieh lah! haha!. ibulah paling happy.hehe. alhmdulillah segalanye selesai. hmm..lpas nie kereta pula,xtau la bile nk buat, university pon dah pangil2 uh...hmm..tgk la mcm mane!

thanks to smua ckgu2 akademi coz bantu mengajar saya! untuk parents juge kerana menyokong dan menanggung kos bayaran, kepada rakan2, kawan2, dan teman2,thanks atas sokongan n tips2 korg serta doa2 korg! haha~ yg pasti hati ni dah lega sangat! alhmdulillah~

Thanks for READING . Datang Lagi :)

Monday, May 9, 2011

~kAwan, sAhaBat, teMaN~

*kawan bertahun kita bersama
bagai semalam baru bersua

*sahabat kau sesungguhnya
temanku dikala suka dan lara

*selama ini ku mencari cari teman yg sejati buat menemani perjuangan suci
bersyukur kini padamu Illahi teman yg dicari selama ini telah ku temui

hmm..mcm2 lagu untuk kawan pernah kite dengar tapi adakah kite kawan yg baik untuk kawan kite.kite sering mengeluh apabila kawan kite lakukan sesuatu.tp adakah cukup baik perkara yg kite sudah lakukan untuk kawan kite? sedikit madah buatmu kawan~


Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.
Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.
Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik.
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.
Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya .
Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik...kepada kawan baik kita..kita kawan kan ...???

kawan oh kawan.kawan juge sebagai cermin diri kite,apabila baik kawan,baik jugelah kite,dan juge sebaliknye.hmm..itu sahaja buat masa ini. thanks read this post! salam~





Thanks for READING . Datang Lagi :)

Sunday, May 8, 2011

ibu oh ibu

Assalamualaikum semua :) HI!!
Hari ni merupakan hari ahad, 8 Mei 2011..Hari Yang Istimewa untuk mereka yang sudah bergelar Ibu, Mama, Emak, Umi dan sebagainya lah gelaran yang diberi yang bermaksud sama je..Mother's Day! :)
________________________________________________________________________
BILA mak tegur KITE, kite cakap MAK bebel,
BILA mak pukul KITE, kite cakap MAK jahat,
BILA mak marah KITE, kite cakap MAK xsayang kite...
TAPI....sebenarnye MAK kite sedang berusaha utk MENDIDIK kite supaya menjadi org yg BERGUNA satu hari nanti..
TERIMA KASIH MAK...
sebab da BEBEL,TEGUR,MARAH,PUKUL, saye...
SEBAB skarang ni saya dah BERJAYA menjadi org BERGUNA... I ♥ MOM

 

saya gelarkan insan itu dengan gelaran mak n kadang2 ibu. saya sayang dia. Insan yang banyak memberi sokongan kepadaku dalam apa jua keadaan. Tanpa restu dia, mungkin segala keputusan yang saya lakukan ada aja tidak kena. alhamdulillah,berkat doa dan sokongan ibu,sye berjaya mendapat ape yg saya inginkan.segala salah silapku kepadamu mohon dimaafkan. lpas ini saya akan meneruskan segala perjuangan untuk mencemerlangkan diri ini! diri ini tidak pernah mengalah! semangat NAJAH! smoga segala apa yg ibu korbankan untukku mendapat keberkatanNya! insyaAllah,lpas saya berjaya, akan kubalas segalanya! sye gembira apabila melihat die tersenyum kegembiraan. thanks ma! I LOVE U SO MUCH~

.:*HAPPY MOTHER'S DAY*:.
.:*SELAMAT HARI IBU*:.

ingat ini bukan sekadar untuk hari ini sahaja. tetapi untuk setiap hari2mu. hari ini sebagai tanda sahaja. kepada para pembaca post ini,sampaikan salam saya buat ibu kamu semua! thanks coz read this post! salam;)



Thanks for READING . Datang Lagi :)

Friday, May 6, 2011

UPU reSuLt

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA Sesi Akademik 2011/2012
Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf

NO. KAD PENGENALAN / MYKAD:930311******
NAMA:NAJAH HAKIMAH BINTI ABDULLAH

TAHNIAH!

Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut :
Y0200 - ASASI EKONOMI & SAINS PENGURUSAN (Bumiputera sahaja)
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)

CATATAN :
  1. Calon boleh mencapai Surat Tawaran melalui Laman web 07 Mei 2011 dan calon WAJIB mengesahkan SETUJU TERIMA TAWARAN sebelum 14 Mei 2011.
SURAT TAWARAN BANTUAN ASASI IPTA : https://online.mohe.gov.my/scholar/bantuanasasi/ 






_________________________________________________________________


alhamdulillah
ya Allah, mmg berharap sgt pada course ini~ 
alhamdulillah akhirnye dikabulkan Allah..
thank you Allah. 
setelah berusaha masa SPM dulu dan berkat doa serta tawakkal kepadamu,
aku berjaya! syukur sgt~



kepada rakan2 yg berjaya,
tahniah sye ucapkan! 
teruskan usaha anda pada masa akan datang. 
mesti lagi hebat dari dulu tau!~ 
korg mesti boleh punye! hehe

dan kepada rakan2 yg tidak berjaya,
jangan berputus asa
cube lagi ye! 
kami sntiasa menyokong anda semua sebagai sahabat, rakan dan teman kamo,
jgn cepat melatah. 
ade hikmah dsebaliknye ye! 
be the best! 
xpe, kolej sntiasa menunggu anda~ 
ingt! jgn putus asa yea~ berusaha! 
dimana ade kemahuan disitu ade jalan! 
kami sntiasa ada untuk kamu smua~ 
tunjukkan kehebatanmu walaupon dimana kamu berada! 
all the best!

mood: makin semangat nk sambung blajar nieh! aha! gombak tu...hehe

Thanks for READING . Datang Lagi :)

Tuesday, May 3, 2011

KAU CURI HATIKU

tajuk ini bukan mengenai diri ini, tp adalah salah satu tajuk novel yg saya suda habiskan dlm mase 2 hari ini. hohoh..setelah sekian lame meninggalkan dunia novel,inilah kali pertama dapat bace novel lpas berakhirnye PLKN.hmm..ingt lagi x post saya tajuk DEMAM tu? aha! dlm post tu juga sye ade mengatakan mengenai sebuah buku yg sye baru nak bace kan. sye juge ade ceritakan sedikit sinopsis cerita tu.

"2 org rakan sekerja ARISSA dan ZAMIL berlainan jantina  yg mcm anjing dengan kucing.  sorg mulut laser, sorang lagi mulut x de insuran. slalulah bergaduh kalau berjumpe. kwan2 slalu ingtkan mereka yg kalau terlampau membenci bimbang stu hari nt menjadi suka.haha~ tapi dorang x percaya. tapi siapalah mereka untuk menolak perasaan suka itu kalau sudah mule bertunas! cewah, ayat! ngeE. dua2 kecewa dengan pasangan masing2.then~ hohoho,,xtau la ape jadi. blom abis bace lagi..huh! kalau mcm nie la cerita nye, msti ade jodoh lah mereka nieh!"         (dri post DEMAM)

aha! ade kan~ hm,,mmg mereka ade jodoh pon tp x lame. whoa! mereka bercerai! dan zamil juge meninggal dunia. ok2,sye nk cerita skit la mengenai novel nie.

ok,mereka mmg slalu bergaduh..tapi lame kelamaan c zamil nie ade perasaan kat c arissa ni. tp arissa mcm susah nk terima.yelah dah selalu bergaduhkan.so,zamil pon cbe untuk berubah. zamil nie orgnye suke merokok,xberapa arif tentang agama la,selalu tinggal solat. arissa pula seorg gadis yg mmg bgus agamanya dan sangat baik. so, zamil pon ade rse malu juge la nk dgandingkan dengan gadis sebaik arissa,so,die bersusah payah cube untuk berubah. pelbagai2 perkara die berjanji dengan arissa supaya arissa menerimanya.

akhinye mereka disatukan juge. diawal perkahwinan mmg sangat manis,tp selepas arissa melahirkan anak pertama mereka,huh! serta merta zamil berubah. janji hanya tinggal janji. die mule tidak menghiraukan isterinye itu,selalu balik malam. tp isterinye tetap berbaik sangka dgnnye,huh! baik punye isteri x bersyukur langsung! rupa2nye zamil menjalinkan hubungan dengan perempuan lain. tina namenye. stlah lame rahsia itu dsimpan akhirnye terbongkar juge. betapa pilunye hati arissa. zamil juge pernah melakukan perbuatan sumbang bersama tina. selepas arissa melahirkan anak kedua mereka,akhirnye penceraian berlaku dsebabkan tina. 

setelah kepiluan itu,arissa berkahwin pula dengan kekasih lamenya yang duda kerana kehilangan isteri tercinta merangkap abg kepada makciknye. bagai bercinta berputik semula.arissa berasa sungguh bahagia dsamping suami tercinta Firdaus. zamil pula disatukan dengan tina disebabkan ditangkap berkhalwat d rumah tina. selepas berkahwin, tina berubah, sering meninggalkan suaminye dirumah pada setiap malam. apabila dtegur melenting sana sini. pada saat itu barulah zamil menyesal kerana melepaskan seorg isteri yg terlampau baik untuknye.

nk djadikan cerita tina terlibat dlm kemalangan dan tidak boleh berjalan. zamil tahu ujian menimpanye bertubi2 hasil dosa2nye terhadap arissa. lme kelamaan dier berubah dan perubahannye agak ketara.arissa sering membantunye ketika kesusahan menimpanya. zamil berasa sgt bersalah terhadap wanita itu. akhirnye zamil telah djemput illahi kerana terlibat dalam kemalangan. tina juge sudah berubah menjadi seorg yg lebih baik hasil bantuan arissa.

itulah ceritanya. lpas habis bace novel nie terdetik pula nk share dengan para pembaca.hm,sebenarnya melalui bacaan novel juge kite boleh peroleh pengajaran yg baik. abah sye slalu nasihatkan :

"kalau nk cari pasangan, carilah yg beragama. itu yg utama".

hm,,tgk la dlm novel nie,oleh kerana suami tidak mempunyai keutuhan dalam agamanya isteri dan anak2 menjadi mangsa. janji hanya tinggal janji.ketahuilah juge bahawa org yang tidak menepati janjinye termasuk org yg munafik. nauzubillah.huh! oleh itu kite haruslah sentiasa berdoa supaya kite juga akan mendapat pasangan yang soleh/solehah dan dapat membentuk/menyokong diri  kite~ janganlah terburu2 dalam mendirikan rumah tangga. buatlah keputusan yg baik. ketahuilah:

wanita yg baik untuk lelaki yg baik dan lelaki yang baik untuk wanita yg baik dan begitulah sebaliknye.

oleh itu,kite juge perlu muhasabah diri kite. "adakah aku ini org yg baik? layakkah aku digandingkan dengan lelaki/wanita yg baik?"(untuk diri sendiri juge) fikir dan ubahlah diri kite sebelum terlambat.ingatlah bahawa Allah sentiasa menerima hamba2nye yg inginkan bantuanNya.fikir2kanlah dan selamat membace! salam.

Thanks for READING . Datang Lagi :)

kehidupan

hidup tidak selalunya indah..
langit tak selalu cerah.. 
bulan malam tak berbintang.. 
itulah lukisan alam..
begitu aturan tuhan..
*lukisan alam by HIJJAZ*

lately nih,banyak naik dekat status FB pasal hidup masing-masing. ada yang positive, ada yang negative. itu bergantung kepada pemikiran seseorang. jika orang tu fikir secara matang, jauh, tah de hal. kata-kata yang dikeluarkan juga sangat menampakkan diri mereka matang. tu baguslah. tapi masalahnya yang negative tuh. ishk! meluat pula. antaranya.... meh sini saya kasi copy and paste sebentar. yang negative la eh. yang positive tak berapa nak ramai.

aku benci hidup!!!
I said: macam tuh, tak payah hidup. mati je terus. tapi amal dah cukup?(ayat kasar)
HUJAN PLAK.NYAMPAHNYEEEEEEEE....
I siad: hujan salah, panas salah. kamoo nak apa? bersyukur lah kamo dengan nikmat Allah,alhamdulillah
feeling like living in fucking hell......
I said: awak pernah masuk neraka ke? pernah intai ke neraka tu macam mana? whoa! tapi pelik. kalau dah tengok neraka, mesti awak seram. so, awak akan try untuk bersyukur dan terima hidup nih. nauzubillah~
aduh!knapa ngan aku nih?
I said: alhamdulillah!! dapat juga hidayah nak muhasabah diri. bagus2
ko mane tau idup aku camne.cam nerakeeeee
I said: awak yang buat hidup awak macam tuh. tak payah nak buat perbandingan yang hyperlah~ neraka tak terbayang!

dah mmg camni idup aku.asyik2 kalo salah,aku yg kene :(
I said: kenapa nak ego? dah salah. namanya pun salah. terima jelah. orang marah nak perbetul! astagfirllahalazim


semua nih dapat daripada fb org.hm.... sejujurnya, saya sendiri pon pernah juge terperasan rasa bahawa hidup sye lah yang paling malang, paling... paling.. paling... tapi kalau perasaan tu datang, kena cepat-cepat-cepat tepis! bahaya tahu!!! sangat bahaya!


kenapa bahaya? soalan tu sebenarnya, bisikan-bisikan syaitan untuk menyesatkan kita. first rasalah diri tak bertuah.. rasa malang.. rasa dan rasa dan rasa. berbagailah anda rasa. bila dah rasa macam-macam tu, mula salahkan takdir pulak. maka, akan keluar pula ayat-ayat skema macam nih:
ALLAH MEMANG TAK SAYANG AKU!
TAK PERNAH KABULKAN DOA AKU!
AKU TAK PERCAYA DENGAN QADA' DAN QADAR!!
AKU BENCI HIDUP AKU SEBAGAI ISLAM!
ITU TAK BOLEH INI TAK BOLEH! KONON BAHAGIA! TAPI AKU TAK!! AKU BENCI!!! BENCI!! AKU TAK NAK HIDUP LAGI!!!!!!

pernah jumpa tak kata-kata orang macam tuh? astagfirllahalazim..saya yakin setiap orang mesti pernah. paling tidak pun kat TV. renung balik kata-kata tuh. hm.. boleh batal iman tau! lagi-lagi bila mana keluar perkataan "aku benci dengan takdir hidup aku"! MAKA! masa ini syaitan tengah berpesta! bersuka ria! mereka menang!!  maka, sebab itu lah kita tak boleh layan perasaan yang x elok tuh. daripada situ, mulalah misi mencari ketenangan. kononnya jumpe bomoh-bomoh. atau penganut agama lain. tiba-tiba rasa tenang. daaaa! kan! dah habis~ dah berdosa syirik tuh~ nauzubillah. hm... faham kan? 
 
iye~! memang kita harapkan hidup nih happy sentiasa. baik segala. sempurna semuatapi apakan daya... takkan dapat semua fantasi kita tuh. sebab manusia tak pernah puas. nak itu nak ini. macam minum air laut. makin diminum makin haus! itulah yang dinamakan cinta dunia. astagfirullah~~ pernah degar tak orang cakap macam nih : takkan kita rasa nikmat senang selagi tak lalui susah. takkan rasa nikmat gembira selagi tak lalui sedih. takkan rasa puas selagi kita tak berusaha. semua kata-kata falsafah nih dapat kat internet lah. kata-kata ni juga jadi pendorong semangat bila dah jadi lalai


maka, solution untuk masalah ini ialah SYUKUR. fahami dan selami apa itu syukur. bila kita bersyukur, semuanya cukup. tak perlu apa-apa selain Allah taala *dapat daripada bacaan solusi* bila datang angin swing kata hidup ni macam nih macam tuh macam ni, tepis! itu bisikan syaitan. untuk menjadikan kita manusia kufur. doa tak dimakbulkan.. ingat Allah suka hamba-hambanya nya bermanja denganNya

perkataan xbaik seperti bawa malang, sial, malapetaka, bencana, *vocab hasil tengok cerita endon* tak boleh ada. jangan melebelkan diri sendiri begitu mahupun orang lain! tak ada sapa yang lahir untuk membawa sial. semua tu karut! semua yang berlaku daripada Allah. percaya dan yakin setiap yang berlaku ada hikmahnya. ni tak setakat duk sebut kat mulut boleh lah. bila nak praktik, huh! haram.. tak dapat. -,-"


rasanya dah jelaskan apa yang nak dikata. terdetik nak tulis post nih sebab tak suka tengok orang update status yang xbaik!! tak suka. tak gemar. yang tulis tu orang islam. tak rasa macam..hm..apelah orang islam nih. kan elok kalau kite gunekan FB tuh untuk mengajak org kearah kebaikan. bagi tazkirah or nasihat ke. sekurg2nye kite dapat juge pahala berpanjangan bile org bace n sampaikan kepada org lain.2 dah dikira smart dalam ibadah iaitu sentiasa mendapat pahal berpanjangan. lagi byk pahala dripada kita buat haji beribu2 tahun.*dapat dripada ustaz yg bagi ceramah kat surau BNDR TSIK KESUMA minggu lpas*..hmm.lagipon apa pandangan orang bukan islam terhadap orang islam bila kita keluarkan kata-kata macam tu. so, apa kesan terhadap agama kita? sila fikirkan....


oleh itu, marilah kita sama-sama muhasabah diri.. dan bersyukur atas kurniaan yang maha Esa~ :)

kalau salah bicara tersalah kata.. maaflah. kalau ada percanggahan pendapat sila utarakan. baru boleh berkembang. kita discuss ye :) heee sekian terima ksih sebab sudi meluangkan masa sampai sini. :) selamat membace~ salam


edited by smilenajah93

Thanks for READING . Datang Lagi :)