special for you and me ! watch out !

Monday, January 21, 2013

SETIA menunggu

Assalamualaikum !
Selamat pagi !
Dah sarapan semua ?
harini kim sarapan makanan orang diet jee ;)

tengok tajuk entry ini ,
ade yang bertanya , 
kim setia kat sapa tuu ?
haha ! pelisss laaa okay , 
im still single and available .
*okay merepek kejap*

okay post kali ni nak cerita pasal 
cerita kat akasia sekarang nie .
korang mesti tahu kan .
menggila sekrang nie orang cerita pasal drama tu .
adaptasi novel karya Fatin Nabila .
dulu orang tak kenal pun novel tu .
la ni , berduyun duyun orang nak rembat novel uh .
kat kedai2 semua dah habis stock .
huh ! terbaikkklaaaa ~

ahaa ! inilah novel die !
sapa ade novel ni ?
nak pinjammmm !!!
sapa ade nanti roger2 okay !

dan kali ini ade pula drama dia 
adaptasi dari novel diatas 
jom la tengok reramai .
comel laa cerita nie .
lagi2 pelakon dia dua2 sweet .

Photo: inilah Ersalina Imani dan Zain Hakimi, teraju utama drama Setia Hujung Nyawa... hasil cilok di twiter suhan movies...
inilah pelakon utamanye .
Zain Hakimi - Amar Ashraf 
Ersalina - Nelydia Senrose
sweet kan ?
paling lawak bile Zain nak tiru gaya rambut LeeMinho sebab El suka LeeMinho .
haha ! and paling sweet bile dorang pakai baju warna sama .
tapi sekarang ni masih lagi tengah bergaduh .
bilelahhh mereka nak baik macam dulu kan .
El setia menunggu Abang Zain nya hingga hujung nyawa ,
kim pula setiaaaaa menunggu episod di pengakhirannya ~

tak sabar nak tunggu episod harini .
bile agaknya dorang nak habis gaduh ekk ??

TUNGGUUUU ~~~

Thanks for READING . Datang Lagi :)

Saturday, January 19, 2013

#5 - LOCUS 2013 > SABAH


14hb January 2013

harini adalah hari terakhir kami di SABAH .
eh tadi terakhir , ni terakhir lagi . berapa banyak akhir daaaa??
ahaa ! yang post sebelum ni , terakhir bersama adik2 SMAIM  di Ranau Sabah .
yang kali ni hari terakhir kami di SABAH .
kali ni post di Kundasang Sabah .

setelah berpenat lelah bertungkus-lumus bercommunity service bersama adik2 SMAIM .
dengan berbesar hatinya advisor kami membawa kami bersiar2 di Kunsadang dan Kota Kinabalu .

hari terakhirnya , seawal 5.30 pagi kami dah bergerak keluar dari sarang tidur .
jangan terkejut la , sebab kalau 5.30 tu , kire macam kita 6.30 pagi kat semenanjung .
kan post ENTRYINI ade cerita pasal macam mana masa kat sabah ni .

after solat subuh , terus bergegas ke tempat yang dijnjikan untuk berkumpul .
rancangan pagi ini , advisor2 kami akan bawa kami untuk melihat matahari terbit .
dan tengok perubahan warna yang berlaku di kaki gunung kinabalu if im not mistaken la .

okay kali ni jom mendaki "gunung kinabalu" kononnyalah kan .
hehe , padahal bukit yang berdekatan dengan gunung KK jeee .
jom usha gambar !


hidup tidak selalunya indah , 
langit tak selalu cerah ...
suram malam tak berbintang ~~~
itulah lukisan alam , begitu aturan Tuhan .

lihatlah alam ciptaan 
itu mataharinya .
indah kan ?

sebelum tu , ape lagi ! pose la dulu ;)

matahari hampiir nak keluar tu .
dia main chak chak pulak ngan kita ;)

jadilah rumput yang lemah lembut ,
tak surut dipukul rimbun ,
bagai karang di dasar lautan , 
tak terusik di landa badai ~~
pemandangan dari atas bukit .

subhanallah ! 
indahnyaaaaa pemandangan tika ini kan ?

lihatlah betapa seronoknyaaa brothers2 ni .
macam rumput dah haaa melambai2 !

uih , tinggi lagi bukitnye!
dah la kami tak warming up pulak tu .
redho je laaa ~


ahaa ! tinggi tak ?
ni baru bukit ,
lom naik gunung KK lagi kan !
gimanalaaa agaknyaaa if naik gunung KK . 

sampai kat tanah rata sikit , ape lagi ! snap snap laaa !
febret kami kannn !! last last last ~


cantik tak kawasan sini ??

akhirnya sampai juga kami di atas .
tapi tak atas sangat la kan .
now ! time to turun !
ni kita dah puncak laaa bagi kami !
eh eh eh ,, LAST LAST !
*last tu means last snap la kononnya* 

eh , ade lagi nak snap nyaaa???
okay laahhhh LAST LAST ~
last last ~
bape kali last daaaaaaaaa ~,~"

akhirnya sampai pun kami di bawah !
semoga bertemu kembali yaaa kundasang !
dalam jam 9pagi , kami bertolak ke Kota Kinabalu .
shopping time !


time ni tengah galak bershopping ! 
sebab tu tak banyak gambar .
haha ! tak teringat pun nak bergambar sebab dah rambang mata !
tengok abam padil kita kat atas nie !
tengok mata pun dah bling2 tak tahu nak beli yang mana . haha !
ingat yang girls jee reti shopping ! dorang beli banyak dari kami tau ~
hahhaahaha ~

setelah itu , kami bertolak dari airport KK pada jam 9 malam .
dalam pkul 2++ pagi baru lah sampai di CFSIIUM PJ yang tercinta !

-------------------------------------------------------------------------------------------

inilah pengalaman kami !
pelbagai suka dan suka kami hadapi .
LOCUSian tetap dihati .

pabila masing2 dak balik rumah , 
senyap sepi , tanpa gelak ketawa dan 
sendu sahabat2 LOCUSian .
apekah agaknya sahabat2 sedang lakukan ?
sesungguhnya sahabatmu ini sangat merindui diri kalian .
maafkan andai aku tidak dapat menjadi seorang treassure yang baik buat kalian .
maafkan juga andai tersalah bicara , terlepas kata , tercuit dimana2 .
maafkan juga sekiranya diri ini telah membuatkan diri kalian menanggung dosa .
sesungguhnya semua itu hanyalah kerana mahu melekatkan secebis kenangan buat kalian .
siapalah aku seandainya kalian tidak muncul dalam diari hidupku .
bukanlah aku sekiranya tiada kelebihan kalian .
sesungguhnya kalian amat bermakna buat diri ini .
terimakasih kerana berkongsi suka suka bersama .
terimakasih kerana menyemai sedikit memory bersama .
andai aku tiada di dunia ini lagi , 
ingatlah diri ini pernah menjadi sahabatmu dan doakanlah diri ini dialam sana .

buat mainboard , Rahman , Adib , Shatibi dan Ezzah
terimakasih kerana menerima diri ini .
sesungguhnya banyak perkara yang kim belajar daripada kalian .
semakin mengenali diri kalian , semakin kecil rasanya diri ini .
memang tidak salah diri ini bertemu dengan kalian , 
semoga ikatan yang dibina dalam masa yang singkat ini akan membuahkan ukhuwah yang indah .
buat anak-anak buahku tak kira biro apepun . terimakasih juga atas pengalaman yang indah ini .
sesungguhnyaa kalian lebih hebat dari diri ini .
jazakallahu khairan kasira .
mianhaeyo

dan ini juga adalah khidmatku yang terakhir buat MRC CFSIIUM .
dalam setahun setengah aku bersama MRC . pelbagai kenangan pahit manis aku hadapi .
terimakasih juga kepada semua MRC tak kira gombak dan PJ .
sesungguhnya itulah yang menjadikan aku lebih dewasa dalam menjalani hari-hari ini .
dan diri ini amat gembira berkenalan dengan kalian .
akhir kata , Terimakasih dan selamat maju jaya !

----------------------------------------------------------------------------------------------

#ehhh bermadah lebih plak kim ni !
haha ~ okaylahh ! xnak merepek panjang lagi !
semoga bertemu kembali di episod akan datang !
semoga berjaya dan selamat membaca!

THE ENDDDD!





Thanks for READING . Datang Lagi :)

#4 - LOCUS 2013 > SABAH


13hb Janury 2013

this is the day for crying !
T.T
 sebab ini adalah hari terakhir bersama adik2 SMAIM !

-------------------------------------------------------------------------------------------


pagi yang hening ini dimulakan dengan forum by abang2 dan kakak fasi .

ini dia para panel kita .
abam edward
abam comel 
dan
kak syaira

tengok tu , khusyuk jee adik2 kita dengar :D

ini adalah abam2 bahagian publication .
dorang lah yang uruskan bahagian technical kami .
tanpa mereka siapa lah kami .... ~
*ayat kene syahdu sikit*

------------------------------------------------------------------------------------

after forum berakhir , preparation untuk closing ceremony pulak !
huh , time ni sangat rushing kott ..
semua dah kelam kabut .
prof torla , dan orang2 besar negeri Sabah mahu datang tengok .
aigoo ~ jadi cuak pulak kami nie .

dan alhamdulillah closing ceremony berakhir dengan gemilangnya .
terimakasih kepada semua yang terlibat dan tidak terlibat secara langsung mahupun tidak .
kejayaan kami tidak sebegini sekiranya tanpa anda semua yang membantu malah memberikan sokongan .
dan sebelum beredar , haruslah ade kenangan bersama .
ape lagi ! snap laaaa dulu ~ 

peaceeeeeee !

committee bersama tetamu kehormat .

commiteee bersama adik-adik
agaknya bile lagi kita kan bertemu semula ?
andai jodoh masih berpaut , marilah kita kekalkan ukhuwah ini .

kucingggg ?? aummmm !
semua dok takut kucing ka nie ?
okay , iklan sebentar ~

adik2 berikrar dihadapan kami dan pengetua mereka bahawasanya mereka akan menjadi lebih baik .
semoga ape yang kami bawa kepada kamu semua dijadikan iktibar .
yang baik jadikan lah ikutan manakala yang kurang baik , haruslah ditinggalkan .

madam rose dan pengetua mereka menurunkan tandatangan kepada ikrar mereka .
semoga perjanjian kita akan segar diingatan adik-adik .

berakhir sudah pengembaraan kami di SMAIM .

SMAIM , adakah kita akan bertemu kembali ?
semoga segala memory segar diingat kita semua !

setelah tiga hari berada di SMAIM . 
inilah pengakhirannya kita bertemu .
setiap yang bertemu pasti ade pisahnya .
bertemu tak jemu , berpisah tidak gelisah .
itulah ukhuwah yang perlu kita terapkan dalam diri kita .
semoga pertemuan dan perpisahan ini diberkati Allah .

sekian sahaja cerita kami di SMAIM .
memory yang terhasil masih segar diingatan .
dan ku abadikan didalam blog ku ini .
sampai suatu masa nanti , akan ku belek semua helaian2 entry MRC ku ini .
untuk dijadikan semangat buat diriku agar menjadi insan yang lebih baik pada masa akan datang .

--------------------------------------------------------------------------------------------------

selesai hutang kami di SMAIM .
kami meneruskan perjalanan selama sejam untuk ke kundasang !
tutup cerita di SMAIM !
jom kita pergi kundasang ! 
dadaaaaaaaa SMAIM !
to be continue ~
CLICK TO CONTINUE

Thanks for READING . Datang Lagi :)

Friday, January 18, 2013

#3 - LOCUS 2013 > SABAH


12hb January 2013

second day at SMAIM , Ranau

kami mulakan hari kami dengan sedikit senam aerobik after solat subuh .
senam aerobik ini diketuai oleh abang comel @ abang afif kita :D
tengok bawah ... comel tak ??
haaa ! inilah abang comel dorang . 
smart tak ? haha ! okay , takleh tengok lelama .
jom kita bersenam untuk kesihatan badan .

ini dia , tak lupa juga kepada semua fasilitator .
ikut serta bersama adik2 dan abang comel .

pagi-pagi lagi mereka dah semangat .
yelah , mana taknya , air sejuk yang menyegarkan mereka .

ingat muslimin je yang semangat ?
kami muslimat pun semangat juga !
satu .. dua .. tiga .. 

lari lagi ! lari lagi ! 
anjing kejar ! lariiiiii !!!
laju lagi laju lagi ~

ini diaaa ! para committee perempuan .
takkan lepaskan peluang untuk bersenam .
senaman kan baik untuk kesihatan :D

tengok muka jernih2 adik-adik ni 
membuatkan kami bertambah semangat untuk melakukan aktiviti .

now ! belon time ! 
tiup jangan tak tiup ~
lepas tu kita akan ikat kat kaki .
pecahkan belon kawan ! 

tengok abang ily kita !
tolong adik2 ikatkan belon .

uih , kak ezzah tengok ape tuu ??
pi tolong adik-adik sana :P

jom kita pijak belon dieee !

sediaaa semuaaaaa???

alamakkk ! belon kami dah pecah ! 
kami kalahhh .
takpe takpe , jom bagi semangat kat kawan2 .

------------------------------------------------------------------------------------
after bersenam dan bermain belon .
kali ni kita main bende yang menguji ketelitian adik2 ni .


sebelom tu ! snap sikit ! 
peaceeeee ! 

adik2 di gam kan mulutnye untuk tidak menggunakan suara .
game kali ni , mereka hanya pperlu melukis maklumat yang diberikan .
para fasi akan tunjukkan satu benda dan mereka hendakklah melukiskan bende tersebut .
jom kite tengok , ape yang jadiiii ??

fasi2 kene bantu mengawasi mereka supaya tidak berlaku sebarang penipuan .

seronoknya fasi2 kita mengendalikan adik2 kita ni .
semangat mereka ketawa .
ketawakan ape tu ?

tengok adik2 kita , comel kan ?.

setelah di pas-pas kan gambarnya ,
apekah jawapan yang mereka dapat ??

haaaaa??? ini dieeee ~
nasib takde obor :P haha !
kalau tak ngan kim2 sekali kene bahan dengan committee2 lain terutamanya adib .
ceit ! -,-

apeee lahhh yang abang edward kite merepek nie 
-,-"
---------------------------------------------------------------------------------------------

kali ni main duit ! 
saya 5sen !
saya 2ringgit .
cepat2 cukupkan RM17.45 sen !

lepas je cukup , kakak2 dan abang2 akan kire balik duit adik2 kite .
betul ke tak amount yang mereka kumpul .

-----------------------------------------------------------------------------------------

kak uchi bagi penerangan cara nak main !

adik2 mendengar sikit briefing dari kak uchi :D
kusyuk yee mereka mendengar . mentang2 kak uchi comel ;)

kakak2 fasi and ketua kumpulan di tutup mata . ohh tidakk !!!

abang2 fasi menunggu di check point mereka .
abang comel , abang edward dan bapak pretech ! #ehh

abangg !! kami nak clueee !

keluarkan duit dari air !
macam2 idea adik2 kita nie .
ade juga yang sanggup minum air paip tu .
ishh adik2 woi !
buang je la air tu kat tepi ~

dengan kucing2 sekali nak join program kami tau ! 
jangan memainnn :D

tengok adik2 kita nie . 
penuh berhati2 bawa abang dorang nie .
jangan jatuh naaaaa ~

tunduk ! tunduk !
lompat ! ade katak !
haha ~ macam2 kakak2 dan abang2 fasi usik ! tak cii !

check point seterusnya ! cari barang tersembunyi ..

dan akhirnyaaa ! habis pun tressure hunt kita !
penat adik2 kita ni . kesian depppaaa ~
kakak tolong adik2 yeeeee ~

----------------------------------------------------------------------------------------

malam time ! masa yang ditunggu2
cultural night !
tak sabar nak tunggu persembahan dari adik2 .

abang2 fasi pun memang rajin pose nie !
tengok , kakak2 pun takdelah banyak gambar macam nie kan kan :P


tengok fasi perempuan , semua nya busy buat kerja . orang snap pun x perasan tau :P 

persembahan adik2 lelaki .
abang PC pun buat persembahan jugaaaa !
dengan abang edward ~

ini adik perempuan punye !
siap ngan baldi bagai haa !
semangat betei !
tengok , fasi pun uat persembahan juga .
comel2 belaka . fasi comel2 juga kan !

post ni paling banyak gambar .
setiap gambar menceritakan sesuatu :P

to be continueee ~


Thanks for READING . Datang Lagi :)