special for you and me ! watch out !

Wednesday, December 26, 2012

KeretaKu Terbalik



hi semua !

hm , kat sini nak bercerita sedikitlah pengalaman pasal kemalangan2 ni .
masa blogwalking hari tu tergerak pula nak tulis pasal kemalangan yg kim kene .

tak nak cerita banyak pun .
sikit2 je laa ekk .. 
sebenarnya ingat2 lupa juga .
trauma tak hilang lagi ni .

bermulalaaaa ceritaaa ~
masa tu malam . after maghrib . kononnya nak gerak dari mersing ke KL . 
actually kim penattt sangat sebab baru je lepas daripada program dengan politeknik mersing , kalau korang setia ngan blog kim , korang mesti ade terbaca pasal ENTRY INI . so , ingatkan nak balik esok pagi tapi grandparents kim nak juga balik malam tu . so , takde arahla kan , balik je laa . 
masa tu rasa macam tak yakin je nak bawak , tapi takkan nak bagi atok bawak pulakkan . beliau dah la sakit kaki , kesian pula . paklong and abah kim dah bagitahu atok awal2 , jangan balik malam tu sebab kim kan kepenatan plus tak berapa nak terrror lagi bawak malam2 . 
tapi atok nak balik juga , takpelahkan . nak buat macam mana . nak dijadikan cerita ,dah la jalan die macam ular kene palu , ntah macam mana , kim ter pusing stereng lebih agaknya , then , secara tak langsung , terus kereta tu berpusing and terbalik masuk dalam semak yang dalamnya 15kaki . memang kalau nak ingat balik memang takut sangat masa tu sebab kim dah la bawak atok n nenek . dah tua kan , memang risau sangat . and alhamdulillah , ade juga orang yang nak membantu . 

gambar illustrasi 
(masa kemalangan tu kim tak terfikir pula nak amik gambarkan , so takde gambar la)

dan yang sangat bersyukur amat adalah takde sebarang kecederaan pun terjadi kepada kami bertiga . alhadulillah yang tak terhingga ... 

ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH 


terimakasih ya Allah kerana menyelamatkan kami ...


itulah kisahnya , semoga kawan2 amik pengajaran drpd kisah ini .
jangan bawa kereta masa tengah penat n mengantuk .

thats all ! kbye :D



Thanks for READING . Datang Lagi :)

4 cuit2 manja:

akuamir said...

huish , akak yg bawak rupenye, alhamdulillah la sume selamat.. trauma ni boleh bawak lagi tak sekarang kete? ahha

yana M said...

alhamdullilah tak ada apa2

nuyui a.k.a miss YUI said...

akk plak rasa tkut..alhamdulillah semua ok..

dya nasir said...

alhamdulillah..nasib baik semua ok