special for you and me ! watch out !

Monday, June 11, 2012

Melawak boleh , Tapi please jaga 5 ni !


Assalamualaikum :)

hari ni tetiba rajin nak post satu ilmu yang kim dapat dari rakan blogger juga .

MELAWAK .
ape ade dengan melawak ?

mesti seronokkan melawak 
dapat menghiburkan hati 
orang yang tengah marah pun boleh ketawa kalau kite melawak
tapi korang tak lamalah kalau buat macam tu dengan orang yang tengah marah .
leps dia ketawa , dengan korang2 sekali dia humban masuk tandas ! heee ~


ok , jom nak share ilmu sikit etika yang perlu ade dalam melawak .

pertama
tidak menggunakan perkara yang BOHONG sebagai alat untuk manusia ketawa 
kedua
gurauan tidak mempunyai PENGHINAAN terhadap orang lain melainkan diizinkan oleh orang tersebut 
ketiga
melawak yang tidak MENAKUTKAN orang lain 
keempat
jangan melawak ditempat yang serius dan jangan SERIUS ditempat melawak
kelima
hendaklah melawak sekadar pelu dan TIDAK BERLEBIHAN


boleh melawak , tapi ade batas2nya kan .
kim pun suka juga sebab tulah teringat nak post mende2 macam nie.
peringatan buat kawan2 dan diri sndiri jugakan :D
ni sikit je daripada kim , kalau nak lagi detail sila rujuk LAMAN INI .
kim cume menyampai ape yang kim bace sikit2 jee :D

thanks IBRAH !
Selamat membaca dan selamat beramal :D



Thanks for READING . Datang Lagi :)

Sunday, June 10, 2012

New Again and follow @najahakimah

Assalamualaikum :D
hee , harini xde keje nak buat , so kim merajinkan diri menukar2 blog nie .
macam dah bosan je background segala bagai , kim tukarlah sikit2 .
sikit2 je tukar , hehe , ade juga yang dikekalkan :D


dari paras rupa begini ...

 kim tukar sampai jadi macam nie je ...
buruk kee ? haha ! xpe , kim suka ...
tapi background ni macam tak lame je ...
nanti rasa cm nak tukar lagi , heheee ..
before masuk sem akan datang , renovate puas2 blog nie .
lepas nie dah xde lagi dh nk hias2 bagai . heehe



aha ! lagi satu , kim tambah button kat bahagian bawah tu .
hehe , dulu tak letak twitter punye buttton , tapi sekarang dah letak !
mai reramai follow kim kalau sudi . hehe ~
jom tweet tweet macam burung tu :D

lama tak menaip , rase rindu plak . hehee ~
takpe takpe , akan datang :D 
selamat menfollow :D



Thanks for READING . Datang Lagi :)

Sunday, June 3, 2012

#4 - Cambodia 3.0 (last)

setelah berakhirnya mission di Madrasah Darul Ulum .
sekarang kami akan berjalan2 pula ke beberapa tempat di kemboja . alang2 dah sampai lah katakan :)
nak beli juga souvenir untuk kawan2 juga kan kan . doranglah bukan kim :P
ok , jom tengok kami pergi mana ...

kilang sutera . sebelum masuk lebih banyak , jom snap dulu . huhu .

brothers pun nak jugaaa :P

ulat2 sutera diberi makan .

inilah kapas yg ulat sutera tinggalkan untuk dibuat kain sutera .

alat2 yang digunakan .. pergh , cam kagum gile tengok ketekunan pekerja2 menyulam sutera nie . bukan senang nak buat kot . tapi kita tengok dorang buat , senangggg jee .. terbaikkklahh !

teruja . Allah bagi kebolehan pada mereka . kita pun tak dapat tau ..

inilah hasilnyaaa :D

sempat lagi snap2 dorang nie ..

kami pun nak snapp jugaa ! hee ~

kali ni snap dengan advisor dan DEAN UIA , bukan senang uhh nak snapp dengan dean . jumpa apatah lagi . huhuh . sekali dengan haji Musa , mufti kemboja yang banyak membantu kami sepanjang di kemboja .

sampai pula di hotel yang telah di tempah oleh haji Musa :)

bezakan macam mana keadaan tempat tidur kami ?
gambar yang atas penuh dengan keselesaan dan kemewahan .
manakala gambar yang bawah penuh dengan keuzuran dan kekurangan .
dan dengan itu , kita perlu banyakkan bersyukur dengan apa yang ade .
kalau kita rase kita sedang susah , fikirlah bahawasanya ramai lagi yang lebih susah dari kita .
gunakanlah segala nikmat yang ade dengan sebaiknya dan bersyukurlah . :)


hari yang keempat di kemboja . 
harini hari yang akan berjalan sepuas2 nye di beberapa tempat di kemboja .

tempat biasa kami makan di kemboja ni .
restoran berdekatan dengan rumah haji Musa :)
makanan die mantop2
kata advisor , kalau lamalah duduk sini berat naik berkilo kilo . haha !

sebelum nak bot , sempat lagi mengepos mereka nie :P haha !

dekat laluan ni pun boleh ! snap snap ! dengan advisor sekali ..

yeah !! naik bott ,, macam kat pulau pangkor je kan . ni pun sebenarnya air cetek jee

tak jatuh ke adik nie..?

beggar2 lautan . menakutkan mereka ni . kami dikepung untuk mendapatkan wang . huhuu .. dah lah bawak ular semuanyaa ... 

ini dia ! buaya darat lawan buaya laut , sapa menang ?? :P haha !

menyaksikan pertunjukan berebut makanan buaya2

banyak betul buaya nie . semuanya berat2 belaka . kenyang dah keee ??

apekehall pulak dah mereka nie ? titanic kot . ok berangan lah korang ~

gambar nie tak center lahh ! uhuk uhuk

membeli belah .
macam2 diborongnya .
untuk parents , adik2 , kawan2 dan sebagainya .
murah2 belaka .
ayat yg selalu didengar .
"ladiess ,,, mai buy this items .. bla bla bla "
dah hafal dah masing2 . semua kedai ayat sama :P
mintak kurang of course nombor satu .
kalau tak dapat kurang , then terus pergi dari kedai tu , dorang panggil datang balik dan dapat harga yang dikurangkan tu . hihi , kalau kat malaysia = tak nak beli sudah , tak kan nye dorang nk panggil balik beli barang . haha !

tengkorak2 zaman penjajahan dulu . banyak benooo

tokong tok tok sami .

reka bentuk kawasan


di angkor wat . selama nie belajar sejarah je kan kat sekolah . 
aha ! ni pula g tengok angkor wat yang real punye .

melawat masjid berdekatan . snap gambar kejap :)

no entry , tapi kami masuk je . VVIP

makan malam :)
pelik2 makanannya . unik gitu ...

daging mentah dengan telor .. sapa mahuu ?? 

daging ni lah paling sedap antara banyak2 yang pelik tu . hee ~ daging BBQ kott .

daging mentah tadi dimasak disini :)

keesokkan harinye bersedia untuk balik :) pack2 barang 

air port Siem Rap .

bergambar bersama mufti kemboja buat kali terakhir ..

inilah kami ! !

sementara menunggu kapal terbang , kami terbang dulu dlm gambar :P

committee bahagian sponsorship
money money :D

ahmad yang comel . talkative orangnya tapi tak suka amik gambar . 
marah betul orang amik gambar die . merajuk lah tu :P comelll ~~

sampai sudah di Malaysia tanah tumpah darahku :)

alhamdulillah , selesai sudah pengembaraan kami di kemboja .
semoga segala yang baik menjadi pengajaran dan yang buruk dijadikan sempadan .
thats all untuk cambodia . tamat sudah :)
terima kasih kerana membaca:)
Assalamualaikum :)
jumpe lagi .



Thanks for READING . Datang Lagi :)

#3 - Cambodia 3.0




semuanya dah ready nak bertolak balik .
pagi2 dah siap2 iron baju masing2 .
cantikkan baju kami . huhu . sponsored by xingt nama kedai .
oren hitam ...

last day kat madrasah nie ronda2 kejap kawasan sini
nanti dah rindu kat sini . sob sob

rumah2 mereka yang agak susah kan . 
tapi ni dah kira bersyukur buat mereka . 
alhamdulillah . kita patutnya lebih bersyukur dari mereka .

tuk tuk .. ni kira macam beca tapi dorang canggih sikit gune motor . beca guna basikal je kan .

sarapan oagi buat terakhir kalinya yang paling sedap !
murtabak meggi ... delicious ! dapat gelaran makanan paling sedap lagi tu dri brothers .

kawasan pengepaman air yang dah ade zink . tertutup sikit kami buat kerja .

bersiap sedia untuk majlis penutupan .

barisan committee . 

bertungkus lumus mengemas library yang sudah siap sebelum majlis perasmian library oleh Dean UIA 

sikit2 je kemas . sebab tak sempat suda .. so , yang lainnya pihak madrasah akan meneruskan .
hope library ini akan menjadi tempat ilmu yang paling baik dari kami untuk pihak madrasah .
lega rasanya library ni sudah siap . harapnya mereka dapat menggunakan sebaik mungkin . 

pihak muslimin . majlis penutup

semua committee yang banyak membantu . cukup kami semua 9 orang sisters

pihat muslimat . khusyuk mendengar

makan time . bertungkus lumus pihak madrasah menyediakan makanan untuk kami . agak pelik tapi sedap :) rezeki jangan ditolak . seronok mereka bekeerjasama .

makan ! catering sukalah bab2 nie :P

tu dia ! first time makan ! daging naik bukit . pandai daging tu :P
bile dah masak kita turunkan die dari bukit :)

bersama pengasas madrasah ustazah rokayah 

last but not least bersama adik2 :) sedih mengenangkan mereka yang peramah .

inilah kami barisan committee dan pihak penganjur .
semoga semua pengalaman kami disini dapat mengeratkan lagi hubungan kami dengan Allah dan sesama manusia . semoga hubungan kami dengan pihak madrasah juga berpanjangan hinggalah keakhir nyawa . saudara sesama islam . 
"tidak sempurna iman kamu selagi kamu tidak mencintai saudaramu sepetimana kamu mencintai dirimu sendiri"

mission complete ! Alhamdulillah . daripada bermulanya Cambodia 2.0 pada june 2011 hinggalah Cambodia 3.0 pada mei 2012 . kepada semua yang menjayakan program ini secara langsung ataupun tidak langsung , terimakasih ribuannya daripada pihak kami dan pihak madrasah kerana menyumbangkan tenaga , usaha , wang ringgit dan segalanya . kepada semua penderma2 yang bermurah hati , semoga dimurahkan rezeki dan diberkati hidupnya dunia dan akhirat . insyaAllah segala pengorbanan ini digandakan pahalanya dan mendapat pahala yang berpanjangan . 

Alhamdulillah , pengalaman yang tak dapat dilupakan bersama rakan2 i-COS 2012 . 
selesai sudah tanggungjawab kami untuk program kali ini . 

to be continued ...






Thanks for READING . Datang Lagi :)