special for you and me ! watch out !

Friday, October 14, 2011

Andai Lelaki Tahu



andai lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan itu jatuh cinta
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya dihatinya.

andai lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan itu mengalirkan air mata
itu bukan bermakna dia lemah tapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

andai lelaki tahu...
apabila seorang perempuan cepat marahdia memang tidak mampu mengawal perasaannya. 
tapi percayalah itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. 
lihat sahaja pasangan yang baru  bercinta, mereka jarang bergaduh. 
tetapi percayalah  semakin bertambah sayang mereka pasa seseorang, 

semakin banyak pula pertelingkahan yang berlaku.



andai lelaki tahu...
apabila seseorang perempuan itu banyak bercakap
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, 
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

andai lelaki tahu...
seorang perempuan itu berkata dia mahu anda berubah
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya. 
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya tetapi untuk masa depan anda

andai lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan itu cemburu dan tidak percayakan anda itu bukan bermakna  dia tidak sayang 
sebaliknyaa dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda seperti anak kecil yang perlukan perhatian. 
kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. naluri keibuannya kuat. dia hanya  mahukan yang terbaik untuk anda.

andai lelaki tahu..
apabila perempuan itu merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. 
dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, 
tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dirinya dihargai..

andai lelaki tahu..
apabila perempuan jarang mengatakan ' I love You,' itu tudak bermakna dia tidak mencintai 
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya dengan kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya..

andai lelaki tahu..
apabila perempuan kata dia rindu pada kamu, dia benar-benar maksudkannya. 
apabila berjauhan, bayangan kamu akan sentiasa bermain di mata.

andai lelaki tahu..
apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik daripada diri kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya menguji kamu. 
dia mahu melihat bagaimana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
walaupun sememangnya kamulah yang terbaik di hatinya. 
selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan masih menganggap ramai lagi yang lebih baik dimatanya, tetapi dihatinya kamu tetap yang terbaik.

andai lelaki tahu..
apabila perempuan itu menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil 
tapi dia mahu melihat sejauh mana kamu mampu bersabar dengan kerenahnya. 
percayalah hati perempuan itu sangat lembut. andai kena caranya, jangan terkejut kalau dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

andai lelaki tahu..
apabila perempuan itu berkata "tolong tinggalkan saya". dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. 
apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. perempuan memang sukar mengawal perasaan. dia terlalu emosional. 
tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. disebalik air matanya, tersimpan seribu kekuatan yang bakal menjadikan seseorang lelaki itu selamat bersamanya. biarpun perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan sendiri yang bisa mengoncangkan dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki lemah kerananya..
jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda..





Thanks for READING . Datang Lagi :)

28 cuit2 manja:

nuyui a.k.a miss YUI said...

suka entry gini..

p/s: ikut tekak akk sedap..heheh..

smilenajah93 said...

haha ! tibe2 layan busan :P

huh , yeke sdap , tp kenapa aakk ptus asa ?? agaga ~ x phm -.-"

Afiqahai said...

ehem..asal terbau nasi minyak ni?
hang nak kawen dah ka? hehe.

Unknown said...

hati lelaki sukar difahami..*_*

najah sama birthday dgn hubby kak bui lah

Anonymous said...

comelnye...(kejiwangan ye kau!)

kim heeruul said...

andai gua tahu perempuan yg gua minat itu dh ada bf,sumpah gua takkan ganggu hubungan mereka..baik gua berundur..

Syuhada Nasya said...

best laa... nk share leh x yunk??
:)

Muhammad Adam bin Roslan said...

bez lagi klu pompuan said i love u kat aq dlu... :)
asyik laki je... =_="

♥Nur Ayuni Khalib said...

cam pakar cinta lah kor nie...

hehe:) gud job..

smilenajah93 said...

nurafoqah airil : huh , terbau ke weyh ? alamak kantoi :P haha ! gurau2

smilenajah93 said...

bui junaidi : hm , begitulah juga lelaki say kt kite kak :) hm , ouh , yeke , kirim salam :P hehe !

smilenajah93 said...

siti nur syafiqah : haha ! sje layan busan dipagi hari :P

smilenajah93 said...

kim heerul : uih , yeke , aha ! tu lah , lain kali tanye btul2 dulu :)

smilenajah93 said...

syuhadah nur ikhwan : alahai , amik je la kak oi ! :)

smilenajah93 said...

muhammad adam : eleh , yelah tu asik lelaki je . lelaki kan ego . harapan lah adam

smilenajah93 said...

mc'yun : alah , layan jiwang kjap . skali skala :P

miramarlianayob said...

like 100x !

Muhammad Adam bin Roslan said...

eh? btul le kn?? asyik aq je nk kne stat dlu.. :PPP

fae jamal said...

setuju!
n lelaki perlu tahu! :D

smilenajah93 said...

yelah cino . kau smua like :P

smilenajah93 said...

adam : ceh ceh , yelerhhh , meh sini bgtau ak sape org yg kau nk sgt ucap mende tu kt kau . nnt ak bgtau die suruh ckp kat kau . aisyhhh~~

smilenajah93 said...

fae : yeah ! bukan setakat perlu . wajib lagi :P haha~

Leey_Omar said...

hihiihi...xmampu ckp pape!

smilenajah93 said...

xyah ckp pun . kau komen je pun !

RashAtie said...

singgah sini plak....rashatie dah follow pun...

smilenajah93 said...

hi ! thanks singgah ! :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

p/s: thnx dear sudi wish..hehe..xpe..settlekan keje dlu ea syg..

smilenajah93 said...

hm , sorry ye kak :(