special for you and me ! watch out !
Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Sunday, June 3, 2012

#4 - Cambodia 3.0 (last)

setelah berakhirnya mission di Madrasah Darul Ulum .
sekarang kami akan berjalan2 pula ke beberapa tempat di kemboja . alang2 dah sampai lah katakan :)
nak beli juga souvenir untuk kawan2 juga kan kan . doranglah bukan kim :P
ok , jom tengok kami pergi mana ...

kilang sutera . sebelum masuk lebih banyak , jom snap dulu . huhu .

brothers pun nak jugaaa :P

ulat2 sutera diberi makan .

inilah kapas yg ulat sutera tinggalkan untuk dibuat kain sutera .

alat2 yang digunakan .. pergh , cam kagum gile tengok ketekunan pekerja2 menyulam sutera nie . bukan senang nak buat kot . tapi kita tengok dorang buat , senangggg jee .. terbaikkklahh !

teruja . Allah bagi kebolehan pada mereka . kita pun tak dapat tau ..

inilah hasilnyaaa :D

sempat lagi snap2 dorang nie ..

kami pun nak snapp jugaa ! hee ~

kali ni snap dengan advisor dan DEAN UIA , bukan senang uhh nak snapp dengan dean . jumpa apatah lagi . huhuh . sekali dengan haji Musa , mufti kemboja yang banyak membantu kami sepanjang di kemboja .

sampai pula di hotel yang telah di tempah oleh haji Musa :)

bezakan macam mana keadaan tempat tidur kami ?
gambar yang atas penuh dengan keselesaan dan kemewahan .
manakala gambar yang bawah penuh dengan keuzuran dan kekurangan .
dan dengan itu , kita perlu banyakkan bersyukur dengan apa yang ade .
kalau kita rase kita sedang susah , fikirlah bahawasanya ramai lagi yang lebih susah dari kita .
gunakanlah segala nikmat yang ade dengan sebaiknya dan bersyukurlah . :)


hari yang keempat di kemboja . 
harini hari yang akan berjalan sepuas2 nye di beberapa tempat di kemboja .

tempat biasa kami makan di kemboja ni .
restoran berdekatan dengan rumah haji Musa :)
makanan die mantop2
kata advisor , kalau lamalah duduk sini berat naik berkilo kilo . haha !

sebelum nak bot , sempat lagi mengepos mereka nie :P haha !

dekat laluan ni pun boleh ! snap snap ! dengan advisor sekali ..

yeah !! naik bott ,, macam kat pulau pangkor je kan . ni pun sebenarnya air cetek jee

tak jatuh ke adik nie..?

beggar2 lautan . menakutkan mereka ni . kami dikepung untuk mendapatkan wang . huhuu .. dah lah bawak ular semuanyaa ... 

ini dia ! buaya darat lawan buaya laut , sapa menang ?? :P haha !

menyaksikan pertunjukan berebut makanan buaya2

banyak betul buaya nie . semuanya berat2 belaka . kenyang dah keee ??

apekehall pulak dah mereka nie ? titanic kot . ok berangan lah korang ~

gambar nie tak center lahh ! uhuk uhuk

membeli belah .
macam2 diborongnya .
untuk parents , adik2 , kawan2 dan sebagainya .
murah2 belaka .
ayat yg selalu didengar .
"ladiess ,,, mai buy this items .. bla bla bla "
dah hafal dah masing2 . semua kedai ayat sama :P
mintak kurang of course nombor satu .
kalau tak dapat kurang , then terus pergi dari kedai tu , dorang panggil datang balik dan dapat harga yang dikurangkan tu . hihi , kalau kat malaysia = tak nak beli sudah , tak kan nye dorang nk panggil balik beli barang . haha !

tengkorak2 zaman penjajahan dulu . banyak benooo

tokong tok tok sami .

reka bentuk kawasan


di angkor wat . selama nie belajar sejarah je kan kat sekolah . 
aha ! ni pula g tengok angkor wat yang real punye .

melawat masjid berdekatan . snap gambar kejap :)

no entry , tapi kami masuk je . VVIP

makan malam :)
pelik2 makanannya . unik gitu ...

daging mentah dengan telor .. sapa mahuu ?? 

daging ni lah paling sedap antara banyak2 yang pelik tu . hee ~ daging BBQ kott .

daging mentah tadi dimasak disini :)

keesokkan harinye bersedia untuk balik :) pack2 barang 

air port Siem Rap .

bergambar bersama mufti kemboja buat kali terakhir ..

inilah kami ! !

sementara menunggu kapal terbang , kami terbang dulu dlm gambar :P

committee bahagian sponsorship
money money :D

ahmad yang comel . talkative orangnya tapi tak suka amik gambar . 
marah betul orang amik gambar die . merajuk lah tu :P comelll ~~

sampai sudah di Malaysia tanah tumpah darahku :)

alhamdulillah , selesai sudah pengembaraan kami di kemboja .
semoga segala yang baik menjadi pengajaran dan yang buruk dijadikan sempadan .
thats all untuk cambodia . tamat sudah :)
terima kasih kerana membaca:)
Assalamualaikum :)
jumpe lagi .



Thanks for READING . Datang Lagi :)

#3 - Cambodia 3.0




semuanya dah ready nak bertolak balik .
pagi2 dah siap2 iron baju masing2 .
cantikkan baju kami . huhu . sponsored by xingt nama kedai .
oren hitam ...

last day kat madrasah nie ronda2 kejap kawasan sini
nanti dah rindu kat sini . sob sob

rumah2 mereka yang agak susah kan . 
tapi ni dah kira bersyukur buat mereka . 
alhamdulillah . kita patutnya lebih bersyukur dari mereka .

tuk tuk .. ni kira macam beca tapi dorang canggih sikit gune motor . beca guna basikal je kan .

sarapan oagi buat terakhir kalinya yang paling sedap !
murtabak meggi ... delicious ! dapat gelaran makanan paling sedap lagi tu dri brothers .

kawasan pengepaman air yang dah ade zink . tertutup sikit kami buat kerja .

bersiap sedia untuk majlis penutupan .

barisan committee . 

bertungkus lumus mengemas library yang sudah siap sebelum majlis perasmian library oleh Dean UIA 

sikit2 je kemas . sebab tak sempat suda .. so , yang lainnya pihak madrasah akan meneruskan .
hope library ini akan menjadi tempat ilmu yang paling baik dari kami untuk pihak madrasah .
lega rasanya library ni sudah siap . harapnya mereka dapat menggunakan sebaik mungkin . 

pihak muslimin . majlis penutup

semua committee yang banyak membantu . cukup kami semua 9 orang sisters

pihat muslimat . khusyuk mendengar

makan time . bertungkus lumus pihak madrasah menyediakan makanan untuk kami . agak pelik tapi sedap :) rezeki jangan ditolak . seronok mereka bekeerjasama .

makan ! catering sukalah bab2 nie :P

tu dia ! first time makan ! daging naik bukit . pandai daging tu :P
bile dah masak kita turunkan die dari bukit :)

bersama pengasas madrasah ustazah rokayah 

last but not least bersama adik2 :) sedih mengenangkan mereka yang peramah .

inilah kami barisan committee dan pihak penganjur .
semoga semua pengalaman kami disini dapat mengeratkan lagi hubungan kami dengan Allah dan sesama manusia . semoga hubungan kami dengan pihak madrasah juga berpanjangan hinggalah keakhir nyawa . saudara sesama islam . 
"tidak sempurna iman kamu selagi kamu tidak mencintai saudaramu sepetimana kamu mencintai dirimu sendiri"

mission complete ! Alhamdulillah . daripada bermulanya Cambodia 2.0 pada june 2011 hinggalah Cambodia 3.0 pada mei 2012 . kepada semua yang menjayakan program ini secara langsung ataupun tidak langsung , terimakasih ribuannya daripada pihak kami dan pihak madrasah kerana menyumbangkan tenaga , usaha , wang ringgit dan segalanya . kepada semua penderma2 yang bermurah hati , semoga dimurahkan rezeki dan diberkati hidupnya dunia dan akhirat . insyaAllah segala pengorbanan ini digandakan pahalanya dan mendapat pahala yang berpanjangan . 

Alhamdulillah , pengalaman yang tak dapat dilupakan bersama rakan2 i-COS 2012 . 
selesai sudah tanggungjawab kami untuk program kali ini . 

to be continued ...






Thanks for READING . Datang Lagi :)