kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-
1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.
5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.
6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.7 ) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari
8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.
9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah’ bagi sahur.
waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren’ yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu.
10) Wanita berterawih beramai-ramai dimasjid tanpa menjaga aurat.
11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram.
12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.
0 cuit2 manja:
Post a Comment