special for you and me ! watch out !

Wednesday, August 10, 2011

Fadhilat Lailatul Qadar

Lailatu l-Qadr lebih baik daripada 1000 bulan
Bilakah Lailatu l-Qadr ?
(i) 7 Malam Terakhir:
Terdapat beberapa orang dari kalangan sahabat RasuluLlah SallaLlahu `alaihi wasallam telah bermimpi melihat Lailatu l-Qadr pada tujuh hari yang terakhir. Rasulullah SallaLlahu `alaihi wasallam berkata: “Mengikut pandanganku, mimpi kamu bertepatan dengan tujuh hari yang terakhir. Oleh itu sesiapa yang ingin mencarinya hendaklah mencarinya pada tujuh yang terakhir”.
Carilah Lailatu l-Qadr pada tujuh yang terakhir

(ii) 10 Malam Terakhir:
Maka sesiapa yang mencarinya (Lailatu l-Qadr) maka carilah ia pada sepuluh yang terakhir.
Aku telah bermimpi Lailatu l-Qadr kemudian sebahagian dari ahli keluargaku mengejutkan aku lalu aku lupa akannya, maka kamu carilah ia pada sepuluh yang berbaki (sepuluh malam terakhir).

(iii) 10 Malam Terakhir Yang Ganjil (Tidak Genap):Aku telah bermimpi Lailatu l-Qadr tetapi aku terlupa waktunya. Carilah ia dalam sepuluh malam terakhir yang ganjil.
Seorang lelaki bermimpi bahawa Lailatu l-Qadr pada malam ke-27, maka berkatalah Nabi SallaLlahu `alaihi wasallam: “Pada pandanganku mimpi kamu pada sepuluh yang terakhir, maka tuntutlah ia pada yang ganjil darinya (carilah Lailatu l-Qadr pada 10 malam terakhir yang bilangannya ganjil.

(iv) 10 (Atau 9) Malam Terakhir:
Carilah kamu Lailatu l-Qadr pada sepuluh terakhir atau sembilan terakhir.

(v) 10 Malam Terakhir Atau Jika Tidak Mampu 7 Malam Terakhir:
Carilah ia pada sepuluh yang terakhir – iaitu Lailatu l-Qadr – maka jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu maka janganlah lemah (tidak mampu) pada tujuh yang berbaki (kuatkanlah diri untuk mencari Lailatu l-Qadr pada 7 malam terakhir jika tidak mampu mencari pada sepuluh malam terakhir).

(vi) Malam Ke-27:
Dari Ubai bin Ka`ab dia berkata: Berkata bapaku tentang Lailatu l-Qadr, “Demi Allah, sesungguhnya memang aku mengetahuinya”. Berkata Syu`bah, “Dan petunjuk paling besar (tentang Lailatu l-Qadr) ialah malam yang RasuluLlah SallaLlahu `alaihi wasallam memerintahkan kami dengan qiyam (solat malam) padanya, iaitu malam ke-27”

OLEH ITU MARI SAMA2 KITA MANFAATKAN 10 MALAM TERAKHIR KITA DIBULAN INI. BUKAN MUDAH UNTUK MNDAPATKANNYA DAN XSMUA ORG DAPAT MERASAINYA. RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL :)
Thanks for READING . Datang Lagi :)