special for you and me ! watch out !

Tuesday, September 27, 2011

YASSIN

semalam UIA NILAI baru je selesai buat satu program under MRC . mengenai solat hajat n bacaan yassin dekat kawasan terbuka futsal UIA :) diketuai oleh ustaz HIZBUR peserta IMAM MUDA . then ade sesuatu yg berlaku yg berminat saya nk ceritakan kat sini . time2 tu , tgh bace doa lepas solat isya' . then hujan renyai2 turun . ingtkan mcm nk lebat , kiteorg mcm nk bergerak lari cari tmpat teduh da , tapi tgk ustaz Hizbur tu rileks je , kami pun dok rileks je lah . rupenye kejap je . x smpai 3 minit pun . then ustaz tu teruskan ceramahnye mengenai tips menghadapi peperiksaan . hm , tetiba kat sini nk share satu ilmu :) mengenai KEBERKATAN BACAAN YASSIN


Rasullah pernah bersabda :
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
kelebihan kelebihan lain :)


11. Rasullah pernah bersabda :
"Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali".

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi :
"Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya:
"Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Al Mulk (kalau x silap la ), Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik"


rasenye tu je untuk hari ini , so , marilah kite sama2 mengimarahkan masjid atau rumah2 kite dengan bacaan yassin . semoga ape yg kite amalkan mendapat keberkatan dari Allah . insyaAllah . 

Thanks for READING . Datang Lagi :)