special for you and me ! watch out !

Tuesday, August 9, 2011

happy MUBARAK

huh, lamenye rasenya x update blog nie.
dah besawang da. huh, huh, bersihkan sikit :)

hm, kat sni xde ape yg nk di post pun.
cume nk ucapkan happy mubarak.
 rasenya dah lmbat memandangkan da masuk minggu kedua ramadahn nie kan.
hm, maaflah, terlampau sibuk sangat hingga xsempat nk jenguk2 blog nie.
blog org pun x pasti lagi jenguknye :(

 then kali nie just nk share a post sempena ramadhan.
byk kelebihan bulan ramadah nie.
seperti yg kita tahu,
10 hari terawal adalah rahmat,
10 hari yg tengah akan diberi pengampunan
dan 10 hari terakhir akan dijauhkan diri kite drpada Neraka.
hm, dan bawah nie ade lagi pelbagai2 kelebihan ramadhan.

Antaranya~

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.





Thanks for READING . Datang Lagi :)

0 cuit2 manja: