special for you and me ! watch out !

Saturday, August 18, 2012

Salam LEBARAN !

Assalamualaikum ^^v
dikesempatan ini , saya , Najah Hakimah @ KimNajah
memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan yang sengaja ataupun tidak disengajakan .

sesungguhnya tidak terniat dihati hamba untuk menyakiti anda semua 
sesungguhnya hanyalah untuk bergurau untuk menghiburkan hati anda semua 
(walaupun korang tak terhibur :P)

sehubungan dengan itu , disertakan sekali dengan kad rayaa yang tak seberapa ini .
korang print outlah sendiri ye . duit raya tak dapat lagi nak post kat korang :P (macamla dapat)

ni ade sekali
duit raya untuk korang .
seikhlas hati kim bagi ni . silalah print yee :P

ucapan2 ini ditujukan kepada :

of course my family , mak , abah , adik2 , 
makcik , pakcik , sedara2 , sepupu sepepart :P

cikgu2, lecturer2 , dan member2 
Pasti assyakirin
SA Al-amin Bangi
SK Kampung Rinching
SK Bandar Rinching
SK Bandat Tasik Kesuma
SMKA Maahad Hamidiah kajang
PLKN Semenyih
CFSIIUM Gombak n PJ

sahabat2 blogger yang mengenali diri ini mahupun tidak .

ummat islam yang telah berpuasa zahir dan batin du bulan ramadhan ini .

SALAM LEBARAN 
TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKUM .


jangan lupa baca ENTRY INI , before g beraya esok :D

Thanks for READING . Datang Lagi :)

RAYA , IT'S WRONG !!!

Assalamualaikum :D

seperti yang kita tahu , lagi sehari je kita akan menyambut hari raya .
pasti semua dah tak sabar kan nk menyambut hari kemenangan kita ni .
dalam pada tu , rasa sedih juga menyelami diri untuk meninggalkan ramadhan .
semoga ramadhan kali ini adalah yang paling barakah yang kita hadapi .

ok , xmahu muqaddimah banyak sangat ~
jom kita tengok ape yang wrong sangat tajuk tu ?

kesalahan2 di hari raya !
1) lagu , 
"indahnya sungguh dihari raya , ramainya org bersuka ria, 
adikku manis , cantik bergaya, BOLEHKAH ABANG IKUT BERSAMA"
dari lirik lagu hari raya je kita dah diajar cara yang dilarang dalam islam . tanpa kita sedar .
2) asal jumpe orang je salam. asal raya je salam , asal salam je, raya.  ..
sampai dah x perasan dah lelaki ke perempuan ke , bantai salam jee . hari raya enn ..
dah dosa dah tu . hati2 ... jangan sebarangan je salam .
3) tabarruj dihari raya 
means , berlebih lebihan . baju volk gedebas gedebus ! meleret2 sampai sapu tanah .
kerongsang kalau boleh nak sama besar dengan tudung . haishh ~ zaman moden ..
4) tidak menutup aurat
bile bulan ramadhan je , pakai tudung , tutup lah semua2 yang terdedah .
tapi bile sampai raya je , semua buka , dedah sana , dedah sini . jarang sana , jarang sini .
5) nafsu makan yang melampau 
yelah , sebulan tak makan , raya je , bantailah makan sampai kembung perut tu .
kire qada' makan lah tu . sampai angin pun tak dan nak masuk . nauzubilllah .
6) bermaaf-maafan , tapi mengumpat .
"aku minta maaf la ye jozan . eyt , kau tahu , mak jemah tu kawen dengan si johan pendek tu , haisyhh .
 tak sesuai langsung aku tengok . bla bla bla blaaaa"
7) kunjung mengunjungi tapi TIDAK MENGUNJUNGI RUMAH ALLAH .
inilah yang selalu orang buat biasanyaaa .
pergi rumah makcik , pakcik , kawan2 , balik kampung sampai dah tak cukup tanah lah ziarah orang , tapi bile sampai nak buat SOLAT AIDILFITRI je , semua bagi alasan , "sakit perutlah mak" , "nak kemas rumah lah" , "kang nak tunggu orang datang rumah lagi" . lagi2 bile solat fardu tiba , kemain susah nak luangkan masa bersama Allah . nauzubillah ~

sesungguhnya kita telah banyak melakukan dosa di HARI RAYA yang mulia ini .
memang kim saja post mende ni before raya , supaya kita dapat hindari ini semua .
nasihat ini khususnya untuk diri kim sendiri dan tak lupa juga rakan2 yang disayangi diluar sana .

jom sama2 muhasabah diri dengan semua perkara diatas .
ni baru sikit je , blom lagi dosa2 yang panjang2 tanppa kita sedari tu .
jom kita hindarkan yang sikit2 ni dulu kan kan :D

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN T.T



Thanks for READING . Datang Lagi :)

Thursday, August 16, 2012

27 Ramadhan

Assalamualaikum ~.~

exam dah habis , ramadhan juga hampir menamatkan riwayatnya .
harini tak de ape yang nak diceritakan tapi , 
mahukan sedikit ruang untuk memuhasabah diri dan meluahkan segala yang terbuku dihati .

pejam celik pejam celik , 
sedar tak sedar ramadhan hampir meninggalkan kita . 
sebaknya rasa dihati tak dapat ditafsirkan . 
ramadhan yang banyak mengajar kita erti kesabaran , 
erti kenalnya Allah dengan lebih dekat , 
akhirnya akan pergi juga meninggalkan diri ini . 

alhamdulillah dalam bulan ramadhan ini , 
kita telah melatih diri menahan lapar dahaga , menahan hawa nafsu , 
tapi adakah akan datang semua yang kita lakukan ini akan terpahat dihati dengan gangguan2 si durjana itu ? yaAllah sesungguhnya hambamu ini sangatlah takut menghadapi hari2 yang mendatang .
sesungguhnya dalam bulan ramadhan ini , 
kami cube yang terbaik mencari keampunanMu , kerahmatanMu and maghfirahMu , 
tapi adakah semua ini akan istiqamah ? 

yaAllah kau yang membolak balikkan hati kami ,
tetapkanlah hati-hati kami untuk sentiasa berada dalam agamaMu . 
cekalkanlah hati kami melawan segala tipu daya syaitan yang menyesatkan itu . 
kuatkanlah hati kami dalam malaksanakan amanah2Mu , 
sesungguhnya kami manusia sering kali terlupa dan memerlukan pedoman . 
yaAllah sukar ku ungkapkan rasa cintaku pada ramadhan . 
rasa cintaku kepadaMu yaAllah . 

dalam manusia sedang sibuk dengan persediaan raya masing2 , 
diri ini terasa berat meninggalkan ramadhan ini . 
sebelum ini , ramadhan yang menemani daku dalam setiap perbuatanku . 
sekiranya aku terlupa , seringkali ramadhan mengingatkan aku . 
apabila ku terleka , ramadhan jugalah yang mentarbiahkanku . 
tapi adakah ini akan berakhir ? 

sebelum ni , kita bebas dari syaitan durjana . 
tetapi , lagi beberapa hari lagi mereka akan dibebaskan .
dan menjalankan tanggungjawab mereka menyesatkan manusia . 
sungguh , aku risau akan bulan2 yang akan datang .
bantulah kami , peliharalah kami .
sesungguhnya Kaulah Tuhan kami yang Maha Agung 


p/s : ayat kelam kabut , inilah dinamakan spontan .
semoga anda semua ambil iktibar sedikit sebanyak dri renungan ini .
insyaAllah . 
selamat tinggal ramadhan . T.T

Thanks for READING . Datang Lagi :)

Sunday, August 5, 2012

Mid Sem


Mid Sem is around the corner !



Doakan kejayaan kim dan kawan2 yee :D

all the best utk semua CFSIIUM yg akan menghadapi Mid Sem Exam beberapa hari lagi .

Bittaufiq wann NAJAH :D

Thanks for READING . Datang Lagi :)