special for you and me ! watch out !

Monday, October 31, 2011

Bersin ? Kenapa Alhamdulillah ?

 
 
hari ni nak share sikit pengetahuan kim dengan semua readers setia :)
 
mengenai " kenapa kalau kita bersin , kita ucap Alhamdulillah ? " *huh ? kenapa ? kenapa ?
 
thanks En google
 
hm , kim tahu , ade diantara kita mesti dah tahu serba sedikit mengenai perkara ni .
cume kim je rasa tergerak hati nak share kat korang semua . ilmu mane boleh simpan2 .
yang dah tahu tu , peringatan semula , yang belum tahu tu , ilmu baru untuk koranglahkan :)
 
first , bile kita bersin tu , semua kotoran yang ada dalam badan kita akan keluar . sebab tu lah bila korang bersin , kadang2 air liur korang tersembur2 kan :P *euuuuwww , kitaorang takkk :P . *eleh , korang xyah tipulah . mesti karang2 adekan . sebab tu lah orang bersin tutup dengan tisu :)lepas tu basah je tisu tu :P . hm , ape yang kim tahu , kotoran2 tu boleh membawa kepada penyakit . that's whylah kita ucap alhamdulillah tu sebab penyakit sedikit sebanyak dah keluar dari badan kita . and kalau korang ade feellah , sebenarnya , lepas je korang bersin , korang mesti akan rase lega . *eh eh , btullah . *aha ! sebab tu lah .penyakit dh keluar :)
ALHAMDULILLAH
 
ha ! tengok ni . agagaga , ni dri En google ye :P
 
 

#tapi x bermakna korang takkan dapat sakit kalau bersin tu . Allah boleh buat ape saja kan untuk menguji tahap iman seseorang hambanya tu :)

ok , sebab yang seterusnya ni kim nk share dri ape yang pernah kim bace dalam majalah SOLUSI *edisi berapa tu kim ? *hm , x ingat edisi berapa tapi dah lama jugalah bace . hehe . hm , dikatakan bahawasanya *skem gile ayat kau kim :P *ish baca jelah . haha . merepek pulok . ok , balik kepada apa yang kim bace kat majalah tu , dalam tu ade kata satu fakta bahawanya , bile kita bersin , masa tu jantung kita terberhenti seketika . then , lpas tu kita boleh bernafas balik . dan disebabkan kita dapat bernafas baliklah kita ucapkan ALHAMDULILLAH . kita masih lagi hidup kat dunia ni untuk menjadi khalifah dimuka bumi Allah :) hm , sebab tu lah kita sebut ALHAMDULILLAH .

aha ! korang dh bacekan . so , lepas nie , sama2 lah kita sebut Alhamdulillah selepas bersin . dalam pada sebab2 kat atas , kita juga dapat mengingatkan diri kepada Allah kan . secara tak langsung , kita dapat mendekatkan diri kepada Allah :)

sabda Rasullullah SAW yang bermaksud , "jika seseorang diantara kamu bersin , ucapkanlah ALHAMDULILLAH (segala puji bagi Allah) . Di samping itu , orang yang mendengarnya mendoakan dengan ucapan YARHAMMUKALLAH (semoga Allah merahmatimu) , orang yang bersin tadi membaca doa YAHADIKUMULLAHU YUSILHU BALAKUM ( semoga Allah memberikan hidayah dan memperbaiki keadaamu) " - hadis riwayat Bukhari -

sekadar perkongsian . kalau salah tu , bgtahulah ye . renung2kan dan selamat beramal :)

Thanks for READING . Datang Lagi :)

Sunday, October 30, 2011

main tagged tagged pulok ~


wohow ! 2 hari x bukak blog sekali 3 orang main tagged kim .
 kak nuyui , Marlyn dan CK tagged kim lah . hik hik ~
baik kim siapkan semua soalan ni b4 ade yang ke4 . hu hu hu !

okayh ! bfore tu , kene letak rules dulu kat sini *hik hik , nk kene speaking lah pulok :P




1. you must post these rules 
2. Each person must post 11 things about themselves in their journal .
3. Answer the question tha tagger set for you in their post . And create eleven new questions for the people you tagged to answer
4. You have to choose 11 people to tagge and link then on the post .
5. Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER
6. no tag back!
7. No stuff in the tagging section about "YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS" YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY , TRUST , WITH ALL HONESTY) have tagged 11 people .



11 things about me 

1. Najah Hakimah Binti Abdullah 
2. you can call me Kim or Najah *sebab ap kim ? bace SINI
3. birthday kim 11 March 1993 *bagi hadiah ! :P
4. dilahirkan di Hospital Universiti Malaya . *kt mane tu ? *KL lah !
5. anak sulung dari 5 orang adik beradik :) *biasanya orang x percaya kot !
6. study kat CFS IIUM , gombak . *hee , tapi skunk cuti :)
7. menetap di bandar tasik kesuma beranang . *huh , berenang ? mane tu ?
8. seorang yang simple , peramah *peramah la sangat :P , hebat !
9. susah nak luah sesuatu kat orang melainkan dipaksa . hee ~
10. saya pun mcm kak nuyui juga , suka mengusik kawan2 saya :)
11. suka sangat kawan baru dan xkan lupa kawan lama . hee ~ *tak tahu nk tulis ape dah sebenarnya :P


soalan dari kak nuyui 

1) Apa tujuan utama berblog?
tujuan ? sebab ape yerk ? hm , sebenarnya mengisi masa lapang dan dalam mase tu nak juga share ilmu pengetahuan dan pengalaman :)

2) Sape yang mempengaruhi kome?
kawan2 yg banyak mmpengaruhi . kalau nak tahu lebih lanjut , KLIK SINI

3) Besh/tak berblog?
best ? op coz lah ! haha . kalau x buat ape kim berblog . hee

4) Pernah terima komen mak anon tak?
komen mak anon ? huh ? sape tu ? hm , xpasti pulok . dh x kenal tu , xdelah kot .

5) Follow blog orang kerana apa?
follow blog orang sebab tengok entry die best ! kadang2 sebab comel pun kim terus je follow . rase best je membacenya . hee . kadang2 kim main follow je sbab kesian tengok follower die sikit . *ish ! apelah kim ni , mane boleh follow mcm tu . xbaik . cube kau bace ENTRY NI

6) Antara follower kome yang rapat/suka?
hm , follower yang rapat , kak nuyui lah . hee . kalau x pun c ayuni ni . yang lain biasa2 je kot . hee . 

7) Kome suka entry camne?
entry yang comel ! yang ade tips and tutor , dan menariklah untuk dibace .

8) Entry panjang-panjang kome baca habis dak?
hehe , kalau soalan ni , mmg xboleh hbislah . kalau x pun skip2 . xpernah pun bace habis . hee

9) Komen entry tu selepas baca habis? 
ya ! msti komen . kim memang suka mengomen . hehe ~

10) Komen entry ikut komen-komen sebelumnya? 
tidak . huh ? ade ke orang buat mcm tu ? haha . baik x payah komen ~

11) Suka tak soalan-soalan ak?
haha ! soalan pasal blog , suka suka ! hee :)

soalan cepumas dari  marlyn

* korang suka warna apa?
warna biru , purple , pink :)

* apa sikap bf/gf korang yang korang tak suka?
bf ? huh , ade ke ? -.-" kalau ade pun suami teruslah . hee , xmolah cemburu2 sangat ye :)

* feveret food korang
tomyam of course ! xpun char kuew teaw , cube KLIK SINI mst terliur !

* sejak bila join blogging ni
join sejak form 4 .

* tempat yang paling korang nak pegi
tempat yang menarik lah . luar negara kot sebab dlm negara dh pernah pergi semua . hee . luar negara yang dh pernah pergi pun just singapore jep . sedihkan . sob sob . 

* sape kawan baik korang?
kawan baik ? hmm . ramailah . sampai x leh nk list . hee ~

* korang pandai masak tak?
masak ? hee ~ nk bgtau takut bangga lah pulak . tp dh kene tanye , jawab je lah kan . heee ! pandai pandai ! :P *ye ke tu kim ? hee . xcaya , tengok ENTRY INI . hee .

* habit korang yang tak boleh nak buang?
habit ? hm , peramah sangat kot .  tp skunk nk try buang sikitlah . nnt kucar kacir rumah tangga :P

* korang suka pakai shawl?
shawl ? xpernah pakai . so , x tahu lah suka or tak .

* binatang yang paling korang geli?
binatang geli ? hm , yang berkulit licin . wow! geli kowt . heee

* korang berzodiak apa?
zodiak pieces :)

soalan dari cik CK pulak :)

Asal mane?
asal Kuala Lumpur tapi tggal kat selangor

Anak no. bape?
anak first !

Nama panggilan anda di rumah...
along ! along ! along !

Status relationship anda???
hm , single but not available :P *sebab ape kim ? biarlah rahsia :P

Nama panggilan manja pasangan anda panggil anda?
huh , pasangan ? agag ~ apesal lah soalan ini yang kluar . xtau lgi . nnt dh ade bru bgtau .

Hadiah paling bermakna pasangan anda hadiahkan..
hadiah ? hm , aduh , pasangan lagi . kalau x de mcm mane -.-"

Perkara yang tidak boleh anda lupekan..
jatuh dalam tandas n kene kaca . luka kene jahit . sakit wooo ! 

Perkara negatif & positif dalam diri anda..
yang positif tu korang lah yang ckp , kang kata poyo pulak . hee . yg negatif pun korang pikir sendiri boleh ? hehe . segan lak nk bgtau . *mengadelah kau kim :P . xpela,skali sekala :P

Kalau dah putus ngn pasangan, anda masih berhubungan baik dengan nya?
of course ! kite masih lagi boleh bersahabat bukan :) *ceh , mcm kau penah putus pulak ! 

Kalau kecewa anda wat apew?
kalau kecewa ? bgtau Allah lah . supaya boleh terubat sikit hati ni . hee . solat ke , berdoa ke , nangis ke , cakap sorang2 ke . hahaha ~ xde koje .

Berapa ramai sahabat suka & duka anda???
sahabat suka n duka ? hm , xtaulah . blom kire lagi . hehe ~

 
ok , ni soalan kim untuk orang yang kim akan tagged pulak seterusnya . hee . siapakah yang bertuah untuk menjawab soalan2 ini . random je ye soalan ni . hee .

1. korang comel tak ?
2. suka keluar dengan sape ?
3. selalunya kalau korang nak pergi mana2 , ape yg mesti dibawa ?
4. sape yang korang paling sayang lpas Allah n Rasul
5. sekarang tengah buat ape ?
6. free tak nak jawab soalan ini ? 
7. cinta kerana wang . ape pendapat korang ?
8. cemburu . best x ? jd orang yang dicemburu n orang yg cmburu ?
9. kalau cuti minggu selalunya buat ape ?
10. suka kawan yang mcm mne ?
11. suka tak ditagged ?

mangsa2 tagged ! :)
miramar
ayuni
adamroslan
aisyahgazali
azfarrahimi
hawaahmady
sayurlemak
qaseh
waniewonek
babywanie
amalina


jawab jangan tak jawab . hee :)

Thanks for READING . Datang Lagi :)

Friday, October 28, 2011

result SEM 1 CFS IIUM


ALHAMDULILLAH 
setelah kecuakan melanda 
tanda tanya beberapa bulan yang lalu .
akhirnye terjawab segala teka teki .
alhamdulillah bersyukur kehadrat illahi .
result sem 1 CFS IIUM dah keluar :)

walaupun x seberapa , kim tetap rase bersyukur .
lepas jugalah target walaupun carry mark sikit jep .
alhamdulillah . korang nk tau berapa ? *nak nak ! haha . adelah :P
biarlah rahsia . 

yang penting , alhmdulillah , semua subject pass n tak de yang repeat :)

thats all :)


Thanks for READING . Datang Lagi :)

Thursday, October 27, 2011

whoa ! takut + sedih giler td !


menarik lafaz lega setelah beberapa jam try nk buka blog tapi xboleh .
sampai kene remove segala . wahhh ! sedih amat tadi kot . :'(

dah la td telah diremove mse kim tengah buka blog ni . lpas je blogwalking
then , kim tekan design , terus die tulis , "your blog have been remove" .
memang rasa nak nangis pun ade . aduhai . punyalah seronok td jalan2 blogwallking .
terus down -.-" . then kim ade kerja pulak kat pejabat . so , kim pergi dengan rasa xsemangat
then , kat pejabat , kim try lagi dengan partner . x boleh juga -.-" so , biar je lah . 
then bile sampai rumah , terus on , tup tup , alhmdulillah . berjaya .
lega hati ni . kalau x tadi rase nk nangis je kot . hee .
blog blog , saje je nk uji tahap sayang kim . 
*sayang sangat la kan

ALHAMDULILLAH . LEGA !

Thanks for READING . Datang Lagi :)

#6 ST - Tak pe



 ♥ Tidak mengapa kalau awak tak kacak
janji perangai awak kacak .

 ♥ Tidak mengapa kalau awak tak putih
janji hati awak putih berseri .

♥ Tidak mengapa awak tak kaya harta , 
janji awak kaya dengan budi bahasa .

♥ Tidak mengapa awak tak pandai berkata2
janji awak awak jujur dan tepati janji .

♥ Tidak mengapa kalau awak tak pandai menyanyi
janji awak pandai membaca Alquran dan selawat .

♥ Tidak mengapa kalau awak tak tahu pasal artis dan duniawi
janji awak tahu pasal agama dan dapat membimbing saya ke jalan Allah .

 Tidak mengapa kalau awak terlambat berjumpa saya
janji awak tidak terlambat berjumpa Allah .


#5 ST - Apabila

Thanks for READING . Datang Lagi :)

Wednesday, October 26, 2011

#8 WW - Holiday





3 bulan kot ! nk buat ape ?? 


happy sangatlah kan :P hee ~



#7 WW - Keluarga Impian

Thanks for READING . Datang Lagi :)

BEN ASHAARI DAN RAKAN BLOGGER

disebabkan blogger idola kim buat segment , so , kim akan ambil peluang ni untuk menghadirkan diri .
BEN ASHAARI


ok , serba sikit mengenai blog kim ni . mula ditubuhkan pada 8hb Feb 2009 . masa tu pun buat blog sebab jeles tengok kawan2 ade blog masing2 . then byk juga kem2 yang kim join waktu tu dan rase macam nak cerita kat smua orang . thats why kim buat blog ni :) . ini adalah post terawal kim . mengenai KEM . jemputlah baca . tapi seriuslah mase tu baru belajar buat blog . so , kalau korang bace mcam ape je lah kan . *agaklah . haha . dulu act selalu cerita mengenai dri sendiri je . then , bile lama2 blogwalking , adelah sedikit renungan dan sampailah sekarang bertegur sape dengan blogger2 . join segment lagi tu :) *sekali kau join segmen kim , byk kali kau nk lagi . heee . tu je lah serba sedikit mengenai blog ni . 

kalau nak ckp kenapa kim berblog sekarang . hm , banyak lah juga sebab dia . antaranya :
# mengisi masa lapang . haha . sebab tu lah tiap2 hari hapdatee :) hehehe .
# kim ni suka berkawan . so , time ni lah nak cari kawan kan . selain dlm FB 
# of course la nak share pengalaman kat sini . dah x tahu nk cite kat siapa dah . so , sini lah tempatnya . tapi x semualah kim cerita . aigo , mane pula privasi nantikan :)
# nk share pendapat2 yang ada dalam hati ni . 

idolaku dalam dunia blog
abg BEN ASHAARI lah !
sys LYSSA SECRET comel 




Thanks for READING . Datang Lagi :)

Tuesday, October 25, 2011

pencarian bloglist transparent-art

tagged by eMMe



disebabkan cik mashi kita ni nk buat bloglist baru , so , teringin pula nk join segment nie . hee . mane tahu ade rezeki dalam list 20 terbaik :) insyaAllah :)


aha , serba sikit mengenai blog ini . 

*jangan risaulah sebab kalau kim free , tiap2 hari kim akan update . hehe . xkan dibiarkan blog ini keseorangan :) lagi2 la time kim tengah cuti sem 3 bulan ni *takutnye result dh nk kluar 

* kalau kim tengah rajin2 , banner akan kim buat baru n kadang2 background blog pun akan ditukar . *ayat mcm ape jep

*if kawan2 tagged untuk join segment or contest dan kim fell free , kim akan join :) *tagged die ni lah nnt . opsss , tapi kalau banyak sangat dan kim x rajin mase tu , xjoin juga . hehe . *habislah kim kene tagged lpas nie :P

*post pun biasanya xkan buat panjang2 dan akan sehabis baik nk buat korang rase happy membacanya . :) *happy lah sangat kan . buat2 happy jelah .

kat sini nk tagged 

selamat membaca :)

Thanks for READING . Datang Lagi :)

snek sedap ! jom cuba :)

selamat petang semua . kali ni nk post lagi . jenuh la korang nk membacanya tiap2 hari . haha . 

post kali ni nk cerita sikit pasal snek kegemaran kim . hehe . sangat murah n senang didapati :) wahhaa ! disebabkan kim suka sangat makan masam , so , inilah snek kegemaran kim . *uih , sedap ke ? kalau busan2 , xde koje nk buat , sambil menghadap lappy or menonton televisyen , sambil menonyoh dimulut :) hehe . mcm gaya sireh pun ade . tapi ni stail masam la . *xtau la pulak sireh rase ape . hehe . hm , korang nk try ? *mcm mane ? aha , nk bgtau la ni :) 

senang gile nk buat die . korang buka peti ais kat rumah korang tu , cari limau kasturi . potong bahagian atas sikit . then , cari asam boi kat kedai2 sebelah rumah korang . cari lah yang halal k :) lpas tu cocok je dalam limau tu . *mcm mane nk cocok ? ouh , senang jelah , kira masukkan asam boi tu dalam limau tu lah . mcm gmbar sebelah ni :) then , tonyoh je lah kat mulut . wow ! sedapnyaaa ! terliur pula ni . hehe . korang jom lah try pula :)


SELAMAT MENCUBA :)




limau kasturi + asam boi jep :)

Thanks for READING . Datang Lagi :)

thanks abg BEN ASHAARI


BEN ASHAARI

keterujaan melanda 
apabila blog kim 
tersenarai dalam blog2 pilihan 
abg ben ashaari . 
wahhhhhaaaaa ! 
thanks abg ben :)

tak percaya ? 
KLIK SINI
p/s : jangan jealous :P

Thanks for READING . Datang Lagi :)

Segmen : Jom Kenali Blogger

tagged dri Lyana M 





nk join ? KLIK SINI  

kim nk tagged 


 jom join :)


Thanks for READING . Datang Lagi :)

Monday, October 24, 2011

Segmen Kancil8349 : Kartun Animasi Yang Paling Korang Suka

wahhhha ! cerita pasal kartunlah . jom join ! KLIK SINI




Nama Kartun Animasi tersebut
detektif conan .

Mengapa anda minat kartun animasi tersebut
minatlah sebab die punye penyiasatan amat best . kadang2 rase mcm pergh ! giler hebat siasatan dia . sampai bende kecik pun die boleh nampak . hebat la conan ! kadang2 tak terfikir pun . tapi bile tengok banyak2 kali . dah boleh agak dah penyiasatan die . haha . bile betul tu , best giler ! 

Mula minat pada tahun berapa (jika ada)
hm , minat tahun berapa x ingat la pula . tapi memang minat habis lah . start first time tengok sampai la ni :) 

Watak paling best dalam kartun animasi yang korang suka
wataknya ? of course la conan tu sendiri . dah la comel , bijak pula tu . admire you so muchxxx !

Letak apa - apa gambar mengenai kartun animasi korang suka 

comelkan conan ni . sayang dia sangat sangat :)

jom lah join ! comel kan jadi kanak2 kejap . hee . 

Thanks for READING . Datang Lagi :)

Contest Blog Paling Cute by FN

petang2 tengok blog , tengok kat shoutbox tepi tu ade kawan kim tulis "tag u in a contest" , then , kim pergilah jalan blog die . ouh , rupenya die nk ajak kim join contest yang die join lah tu :) jom la join , kang nanges pulok :P haha :) jom join . senang giler kot . klik sini





ok , kat sini  kim nk tagged sape yerk ??? @!%!$#^





Thanks for READING . Datang Lagi :)

Ben Ashaari tanya pendapat aku ..

Santai Bersama BEN ASHAARI

jom join -------> KLIK KLIK

nowadays , mcm2 orang kita jumpe . kadang2 pelik pun ade juga , lagi2 dunia internet ni . mentang2 orang tak kenal , time2 tu jugalah nak mengenakan orang . xtahu pula tu dosa ke pahala . aigoo . sabar je lah . hm , nak cakap pasal pengalaman ni , mmg xdelah pula . tapi klau kim lah jd orang yang berniaga internet ni , uih , tidak sama sekali nk tipu orang , dosa kott . tapi kalau korang rase nk join perniagaan internet yang x berapa nak internet sangatlah kan *cewaahhhh , promote pulok . klik sini . 

tapi kalau nk tanye pendapat kim lah kan , act , perniagaan internet ni agak menguntungkan lah juga . jimat kos dan mudah serta jimat masa . kita tgk mcm irfan khairi tu , dan beberapa jutawan yang lain , semuanya bermula dengan perniagaan internet . tapi orang yang buat perniagaan internet ni kene sndiri mau ingtlah . dosa pahala . jangan nak dok menipu orang jep . agagaga ~






Thanks for READING . Datang Lagi :)

Asal nama Kim




hm , dlm post yang lalu kim ada post pasal mualaf segala kan . ok , kali ni , kim nk share sikit mengenai nama kim ni pulak . haha ! sebenarnya nama kim ni baru jugalah wujud selama kim hidup 18 tahun kat dunia ni . masal umur 17 nama kim ni start then hingga lah sekarang lekat sampai blog ni pun guna bahasa diri kim :) facebook pun guna nama Kim Najah . haha ! lama glamour :P

macam yang kim katakan tadi , name ni baru wujud waktu kim form 5 . *cepatlah ckp , mcm mane boleh wujud ? yelah , nk ceritalah ni . xsabar lah korang ni pun . ceritanya bermula . . . *haha , poyo jep !

ok , selalunya bila form 1 baru masuk sekolah kiteorang , mereka akan melalui satu program yang dinamakan TARBIYAH WALQIYADAH . program2 ni akan dikendalikan oleh senior2 form 5 macam kiteorang ni . and dah menjadi kebiasaan , nak bg adik2 kita kenal kami yang senior ni , kami akan adekan satu program mengenali senior2 . so , kami akan menggunakan nama singkatan untuk mintak adik2 ni cari nama sebenar kami . yang kim ni pulak susah sangat nak carik sebab memang sejak azali orang panggil najah . so tak tau nak letak nama apa . then , tetiba ade kawan cadangkan nama kim tu . amik dari nama penuh juga najahaKIMah uih , mase tu peminat setia korea lah katakan . so , seronoklah guna nama tu . hee . so , bila hari taaruf tu , semua adik2 dok panggil "kak kim" . then , bile masuk PLKN , saje je lah nak tukar mood , gunalah nama kim tu . haha . bile bercakap dengan orang yang baru kenal dah terbiasa pula membahasakan diri nie kim . haha . *lah , mcm tu je ke . bosan . mcm tu jer lah ceritanya alah , bosan ke . sorry . xdelah menarik pun . tapi saja je nak share petang2 ni :) sekurang2nya tahu jugalah serba sedikitkan mengenai diri ini :) tapi ketahuilah nama ini wujud dari nama sebenar juga . bukan bermakna im chinese ye :) tapi act , adelah sikit keturunan cina tu . hehe .

then , bile masuk UIA ni , biasalah kan ade group2 UIA kat FB .
 so , bile join group2 tu , msti orang x kenal masing2 kan . komen je
then bile join society kat UIA tu n memperkenalkan diri 
"nama saya najah hakimah" 
ramai jugalah orang cakap , 
"ouh , kau ke Kim Najah ?"
"Kim Najah ? kau kenal die ?"
"haha , nama glamour dielah ." *glamour lah sangat
 dalam hati kim cakap , "eleh , padahal tengok FB ."
haha , bile ingat balik , rase lawak je . heee . 






kim join society econs :)

Thanks for READING . Datang Lagi :)

Sunday, October 23, 2011

new header



LivE.HopE.FriENdS


hi korang . ok , kali ni xde segment2 dah . haha , nnt orang bising :P heee . kali ni post pendek je . mengenai header baru kim . tgk tu , heee , lawa x ? lawa x ? *biasa je aku tengok . alah korang ni , cakap la lawa . hm , yelah simple je . kim nie baru belajar buat header sendiri . yelah , tiap kali blogwalking , tengok header korang mesti cantik2 . jealous tau .  so , kim pun trylah buat sendiri menggunakan En Photoshop :) 

kim mengambil masa yanga agak lama juga lah nak buat bendealah nie . haha , sebab nama pun baru belajar kan . heee . walaupun simple je , tapi kim berpuas hati jugalah dapat buat sendiri dan x pinjam header orang lain . heee . seronok dapat buat sendiri . hm , tu je sebenarnya . semoga enjoy membacanya :) thanks followers !




Thanks for READING . Datang Lagi :)

Segment : Teka Teki Diyana Ali

baru lpas balik kenduri ni . mcm biasa , bukak blog lagi . nk blog walking la kononnya . heee . tetiba , masa tgk dashboard ade org komen post b4 this n ajak dtg blog die :) cik diyana ni tahu je yg sekarang kim ni tengah seronok join segment2 orang . so , ingtnya nk joinlah segment nie *kim , cukup2 la tu join segment . buang masa je . heee , alamak , ade orang sound lah . nk buat mcm mane , dh hobby . sorry . lepas nie janji buat entry pulak . heee . mane tahu , ade rezeki , boleh dapat hadiah dari cik diyana kita ni kan :) insyaAllah . kalau korang nk join juga KLIK SINI untuk ketahui syaratnya . 




ok , semua syaratnya telah dilakukan , sekarang nak teka lah ape warna pilihan cik diyana kita ni kan .
setelah diteliti , kim nk teka warnaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~~~~~~~~~~~

PURPLE !   






Thanks for READING . Datang Lagi :)

Segmen : Jom kenal kenal !

Assalamualaikum 

Selamat pagi semua . *eh eh , pagi la sangat , dah pukul 12 dah kim oi :P haha . pagi la juga tu kan :) aha , mcm biasa , tiap2 pagi lepas bangun tidur , selesai siapkan diri , tugas utama kim buka lappy , jalan2 blog koranglah . tiba2 , jumpe pula satu lagi segment yang agak menarik . hehe . *blakangan ni asyik join segment je kau ni kim . hehe , saje hilangkan busan . nk hap-date blog je la kerjanya . hee . ok , jom tgk ape yang perlu dilakukan dalam segment kali ni . KLIK SINI


# Dialu alukan untuk follow blog miera yang tak seberapa ney , tak nak follow takpe :)
* kim ni kalau dah blogwalking , tengok blog orang comel sikit , entry die agak best , x sah kalau x follow . so , im done it ! 

# Buat tajuk " Segmen : Jom kenal kenal ! "
* lah , tengah buat lah nie . tgk tajuk tu :P

# Tepekkan gambar ala ala banner di atas tuh :)
* ouh , nk kene tepek gmbar ye . hm , okeng ! tepek sekarang :)


# Tinggalkan link at ruangan komen ye :)
* link sudah pun dibuang di komen kak miera :)


korang ! korang ! free x ? jom la join , cepat tau , sampai 26 oktober ni  je tau :) jangan lambat .


Thanks for READING . Datang Lagi :)

Saturday, October 22, 2011

wow ! traffic meningkat :)


hurm , tetibe rase nk share satu bende . hehe , biasanya weekend jarang on9 tapi harini boleh juga on9 sebab balik awal . alhamdulillah , sumber pendapatan makin bertambah :) 

ok , just nk share sikit mengenai traffic di blog kim :) 
actually , kim baru je join segment yang sys lyssa buat KLIK SINI . baru pagi tadi kim join segment ni . dan kim mendapati bahawasanya *ceh skemdot pulak ayat :P followers kim telah meningkat secara mendadak . dalam satu hari ni je . alhamdulillah , sebanyak sepuluh followers telah singgah blog kim and memfollow blog kim yang tak seberapa ni . tu x termasuk lagi blogwalking yang jalan2 je kat blog kim ni and x follow . chatbox kat kiri tu pun agak menjela jugalah panjangnya . tak masuk lagi pengomen2 yang mencuit-cuit kim kat bawah post tu . wahhhaaa ! hebat la penangan blog sys lyssa

actually kim buat post ni bukan apa . masa awal2 segment ni lagi kim ada terfikir , hm , mesti tak de orang nk komen post ni . haha . tambah2 lagi kim xpost pun pasal post ni kat FB . so , rasa macam tak de sape nk bacelah kan . sekali , wow ! lagi gempak dari post2 biasa . haha ! hebat la sys ! :)



Members (241More »















Thanks for READING . Datang Lagi :)

SEGMEN | Serius , Blog Ini Menarik Perhatian Aku !


kali ni kim nk join segmen -------> klik sini . 
jom lah join sama2 . semua peraturan ada dlm blog sys tu . 
mcm menarik je nie . 

ok , sekarang smua peraturan telah dilakukan . 
sekarang , jom kita tgk Blog mane yg menarik perhatian kim :)

first , of course la suka sangat blog nie sys lyssa . 

iaitu blog sys empunye segment sendiri . wahhhaaa , sangat seronok tengok blog die . comel lagi , dengan empunya diri yang comel , tambah lagi ade entry n tips2 berguna . free aja ! baik sys nie ! suke bantu orang . lagipun , semua rekabentuk blog kim ni sbahagian besar daripada tutor blog sys :)

second , suka blog sys yui .

slalunya dia akan update entrynya . penulisan yg agak simple tapi menarik , kalau online , x sah x jenguk entry dia . smart lagi tu :) ada2 ja sys ni nk post . suka suka . teruskan mengepos sys ! 

third , blog En nicko 

, hm , dulu die slalu sngat update . tapi sekarang dia ada masalah lappy , so , terus lenyap . antara sebab suka jenguk entry dia sebab , novel die yang best ! wahhaaa , bukan senang wo nk jumpe lelaki buat novel . ye pun boleh lah juga selami hati seorang lelaki . hm , sekarang ni tengah tunggu sambungan novel dia tu . harapnya boleh disambung lagi lepas masalah lappy dia berakhir .





Thanks for READING . Datang Lagi :)

Friday, October 21, 2011

mualaf

disebabkan BB kim dh expired
so , harini on9 gune lappy rumah n gune streamyx je lah
 di tgh keboringan , jalan2lah tgk bnde2 yg ade dlm lappy ni .
skali tgk kat bahagian picture , ade pulak gmbar ni .
haha , terasa nk post pulok kat sini .

teringat zaman kat PLKN dulu .
*zaman lah sangat kan . baru  je awal tahun ni pun.
tapi rase mcm dh lame je . 
buat pengetahuan korg dulu kim ni PLKN
kalau tgk2 post yg lame2 ade lah juga pasal PLKN .

kt sini , bukan nk ckp pasal PLKN pun .
time tgk gmbar ni . teringat kawan2 PLKN dulu ade yg ckp
"kim , kim ade keturunan cina ke ?"
"kim , apsal nama you kim? name sbnr you ape?"
"kim , mcm cina lah kim !"
ade juga yg cakap cina dengan kim -.-"
terkial2 kim nk menjawabnya . haha ~

bile teringat balik smua tu , rase nk gelak pun ade .
hee , aha , cube korg tgk kim kat bawah tu
ade rupe mualaf ke ?
hee ~

sekali amik gmbar dengan chinese lagi . haha
i'm in the middle 

*nnt bg post , mcm mane nama kim boleh lekat* 

Thanks for READING . Datang Lagi :)